"Saya Dikhianati!" - Cristiano Dedah Segala Keburukan MU, Siap Cakap Rooney Dengki

GAYA HIDUP
November 15, 2022 - 02:34 PM


Cristiano Ronaldo mengejutkan dunia bola sepak melalui sesi interview tergemparnya bersama Piers Morgan. Promo video interview tersebut di dikeluarkan beberapa jam selepas Manchester United mengatasi Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Beliau menyatakan dirinya seperti telah dikhianati kerana dilayan tanpa rasa hormat dari Manchester United. Selain itu, dia mendakwa dirinya kerap dipersalahkan ketika prestasi keseluruhan pasukan tidak berada pada tahap yang memuaskan.

Pengurus pertamanya di Manchester United iaitu Ole Gunnar Solskjaer melayannya dengan baik tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Ole dipecat.

Pengurus yang dilantik selepas itu iaitu Ralf Rangnick dan Erik ten Hag bagaimanapun hanya memandangnya dengan sebelah mata.

"Saya tidak mempunyai rasa hormat kepada Erik ten Hag kerana dia tidak mempunyai rasa hormat terhadap saya,

"Jika kamu tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati kamu" kata Ronaldo 

Banyak lagi pendedahan yang bakal berlaku tentang pengurusan Manchester United . Nampak gayanya, Cristiano nekad untuk putuskan hubungannya bersama MU. Kita tunggu berita selanjutnya pada jendela perpindahan Januari nanti

Destination: