Seorang Manusia Berharga €222 Million Euro ?

GAYA HIDUP
August 25, 2017 - 12:01 PM


Baru-baru ini dikejutkan dengan sebuah kontroversi yang amat menarik bagi semua peminat bolasepak didunia ini. Neymar Jr yang tidak asing lagi dikenali sebagai tonggak berbisa daripada kelab FC Barcelona telah berpindah ke kelab bola sepak Paris Saint German (PSG) dengan harga yang mencatat sejarah sebanyak €222m (Euro) iaitu bersamaan dengan RM 1128108199.23 yang boleh dianggap sebagai berbillion-billion ringgit Malaysia.

Boleh dikatakan perpindahan ini menjadi satu fenomena yang mengecewakan peminat-peminat setia dari kelab Barcelona tetapi tidak pada kelab PSG. Malah, peminat setia Barcelona menganggap tindakan beliau sesuatu yang dipanggil "Khianat".

Jadi, ada segelintir peminat tersebut telah membakar jersi Neymar Jr kerana tidak puas hati akan tindakan beliau. Bekas rakan pasukannya juga , Xavi , terkejut dan amat kecewa dengan tindakan Neymar kerana tidak setia dengan kelab Barcelona.

Semua peminat bercakap mengenai tindakan beliau itu sesuatu yang pentingkan diri dan duit semata-mata! Banyak provokasi dan kemarahan dilepaskan terhadap Neymar Jr kerana sikapnya. Neymar Jr meninggalkan semua peminat beliau dalam keadaan yang terdiam kerana tiada sidang media yang dibuat.

Dia juga tidak bercakap mengenai sebarang perpindahan. Apa yang dia lakukan hanya tindakan memberontak kerana beliau tidak datang ke padang untuk sesi latihan bersama Barcelona. Semua peminat bolasepak tertanya-tanya akan tindakannya itu.

Barcelona kelab yang ternama dan boleh dikatakan sebuah empayar gergasi yang membuat ramai peminat bola tertarik akannya. Tapi, dengan senang-lenang Neymar Jr meninggalkan kelab tersebut. Tetapi, katanya, dia berpindah untuk menjadi pemain terbaik didunia bersama kelab yang dia inginkan ! Jadi, dia akan menjadi pesaing terbaru buat Ronaldo dan juga Messi yang bertaraf dunia !