
Serius Smart! Casio G-Shock Lancar 5 Model baru Sempena Ulang Tahun Ke 35
GAYA HIDUPSempena ulang tahun ke 35 G-Shock tahun hadapan, mereka akan memperkenalkan 5 model baru bertujuan untuk throwback sejarah G-Shock dari dahulu hingga sekarang.
Bagi peminat G-Shock 5 model ini memang antara yang perlu dimasukkan di dalam list.
Model yang dilancarkan ialah GA-135A-1A, GA-735A-1A, GA-835A-1A, GG-1035A-1A Mudmaster dan GW-5035A-1 . Kelima-lima jam ini akan mempunyai label “Since 1983” berwarna merah pada muka jam dan cop emas logo ulang tahun ke-35 pada bahagia belakang. Kelima-limanya juga hadir dengan warna baru Big Bang Black. Ia warna hitam pusam yang tidak memancarkan semula cahaya dan ia tidak pernah digunakan pada jam tangan G-Shock sebelum ini.
Model paling menarik mungkin GW-5035A-1 kerana ia adalah mengitar semula rekaan G Ghock pertama dengan beberapa kemaskini moden. Kesemua jam tangan di bawah koleksi Big Bang Black ini tahan hentakan dan kalis air sehingga kedalaman 200 meter. Harga jualan adalah di antara $160- 370 (~RM 683-1580) sebuah. Berita buruk di sini ialah ia GW-5035A-1 yang mempunyai ketahanan bateri sehingga lima tahun hanya ditawarkan di China dan Amerika Syarikat.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video