
Sewa Kereta Lebih Mudah Dan Murah Dengan SOCAR
GAYA HIDUPMasalah pengangkutan di Malaysia bukanlah masalah baru. Namun, semakin hari semakin baik kualiti yang diberikan.
Kalau dulu, untuk akwasan yang bas awam tak masuk, kita boleh panggil teksi. Sekarang dimudahkan dengan Uber dan Grab.
Bagi yang suka memandu sendiri, anda kini ada pilihan baru iaitu SOCAR. Diasaskan oleh syarikat dari Koream SOCAR menawarkan perkhidmatan sewaan kereta dengan cepat, mudah dan harga berpatutan.
Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini didatangi dengan aplikasi yang perlu anda muat turun untuk peranti Android mahupun iOS. Lebih menarik lagi, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan, serendah RM 8 untuk satu jam penggunaan.
Syarikat ini juga memberikan petrol percuma untuk 30km pertama dengan tempahan kereta anda dan selepas 30km itu, pengguna akan dicas sebanyak 25 sen per KM.
Selain itu, sewaan kenderaan ini sangat fleksibel dimana anda boleh memandu selama 30 minit ataupun seberapa lama anda perlukan kenderaan berkenaan.
Yang paling menarik, perkhidmatan SOCAR ini telah menyediakan parkir khusus untuk kenderaan sewaan mereka sebelum anda tiba di lokasi. Jadi, anda dah tak perlu risau tentang parking lagi.
Menarik kan? Harapnya jangan ada pihak yang salah guna lah kemudahan yang ada ni.
Sumber : klgadjetguy
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video