Shila Amzah & Jaclyn Victor Antara Senarai Peserta Gegar Vaganza 2022 GV9

GAYA HIDUP
September 06, 2022 - 10:10 PM


Gegar Vaganza adalah program realiti nyanyian yang ditunggu-tunggu oleh peminat pada setiap tahun. Sejak program ini diperkenalkan ia mendapat sambutan hangat dari kalangan peminat dunia hiburan tanahair kerana Gegar Vaganza telah mendatangkan impak dan mencipta fenomena tersendiri yang berjaya memikat hati penonton.

Peminat rancangan popular Gegar Vaganza (GV) masih menunggu pengumuman rasmi dari pihak Astro berhubung dengan penyanyi dan kumpulan yang terlibat dengan program realiti Gegar Vaganza musim ke-9 bagi tahun 2022.
 

Senarai rasmi peserta Gegar Vaganza 2022 bakal diumumkan dalam satu sidang media yang akan diadakan nanti. 

 

Senarai Lengkap Dan Rasmi Peserta Gegar Vaganza 2022 GV9

1. Shila Amzah

2. Tomok

3. Haida Hasnan

4. VE

5. Dina Nazir

6. Roy Kapilla

7. Fuad Rahmat

8. Tom (MyStarz LG)

9. Asheed Def Gab C

10. Hasrul Nizam

11. Bob Yusuf

12. Pat (Kumpulan Candy)

13. Jaclyn Victor

Debaran siapakah barisan penyanyi yang akan menyertai program nyanyian nombor satu di Malaysia iaitu Gegar Vaganza musim kesembilan kian terasa selepas ‘teaser’ mengenai program itu telah dilancarkan oleh Astro.

Ramai netizen dan peminat program ini sudah mula meneka nama-nama penyanyi yang dirasakan bakal menjadi peserta tahun ini. 

Menurut sumber-sumber terdekat, peserta pada tahun ini terdiri dari mereka yang mempunyai vokal yang hebat serta pernah bergelar juara untuk pertandingan yang lain.

Khabarnya lagi, persaingan tahun ini bakal menjadi sengit dan ada beberapa peserta yang bakal mengejutkan para peminat program sensasi ini. 

GV-9 Bakal Bermula, Elly Mazlein Ganti Jihan Muse Dampingi Nabil Ahmad Sebagai Hos?

Program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) bakal kembali untuk musim yang kesembilan (GV-9) pada 18 September 2022.

Difahamkan, sama seperti edisi-edisi terdahulu, pengacara bagi rancangan tersebut iaitu Nabil Ahmad masih dikekalkan.

Namun besar kemungkinan posisi pasangannya, Jihan Muse akan digantikan dengan hos lain memandangkan dia kini sedang sarat hamil dan menanti masa untuk bersalin.

Justeru, menerusi pandangan serta komen yang diutarakan netizen di media sosial, rata-rata mahukan selebriti verstil, Elly Mazlein atau mesra dengan panggilan Kak Lina menggantikan posisi Jihan.

Menurut mereka, dengan kredibiliti serta gaya selamba dimilikinya, Kak Lina dijangka mampu mengekalkan momentum sedia ada program berkenaan sama seperti dilakukan oleh Nabil dan Jihan sebelum ini.