Sibuk Kerja Sampai Tiada Masa Bersihkan Rumah? ROIDMI Eve Plus Robot Vacuum, Mampu Selesaikan Masalah Anda!

GAYA HIDUP
November 01, 2021 - 10:24 AM


Mesti ramai warga kota yang sibuk bekerja setiap hari sampai tiada masa untuk menjaga kebersihan rumah. Mana tidaknya, setelah penat bekerja 5 hari seminggu, cuti hujung minggu je lah yang waktu untuk kita betul-betul berehat.

Tetapi, rumah yang bersih dapat membantu kita berehat dengan penuh keselesaan. Jangan risau, ROIDMI Eve Plus Robot Vacuum mampu memastikan rumah anda sentiasa dalam keadaan yang bersih dan sihat!

ROIDMI Eve Plus Robot Vacuum dilengkapi dengan teknologi pengaktifan-oksigen yang menghalang sisa buangan daripada berkulat dan berbau sehingga 60 hari! Sisa itu akan tersimpan rapi di dalam ruangan habuk. Ia memberi pengalaman memvakum yang mudah, bersih, dan juga sihat.

Fungsi auto pembersihan semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan golongan yang bekerja. Hanya setkan masa dan mod, secara automatik lantai serta karpet anda akan dibersihkan tepat pada waktunya! Setiap sisa buangan akan disimpan di dalam beg habuk tertutup dan anda hanya perlu menukar beg tersebut setiap 60 hari. Mudah bukan?

Setiap sisa kotoran berpotensi untuk menyebabkan bau dan pertumbuhan kulat yang menggugat kesihatan anda. Sebagai contoh, dalam iklan Burger King mereka memaparkan keadaan satu burger yang dibiarkan selama 34 hari, dan pada penghujungnya burger itu telah berkulat serta kelihatan menjijikkan. Itulah risiko yang mungkin anda akan hadapi jika menggunakan jenama vakum robot lain.

Demi kesihatan anda, ruangan habuk ROIDMI Eve Plus mampu mengatasi masalah ini. Ia dilengkapi dengan sistem pensterilan pengaktifan-oksigen yang mampu menghapuskan setiap spesis bakteria dan virus. Ciri ini mampu menembusi membran sel dengan mengoksidasikan lipoprotein dan lipopolisakarida. Ini akan mengubah sel tersebut, lantas memusnahkannya.

Sistem penstrilan pengaktifan-oksigen ini mampu membunuh 99.99% bakteria, menghalang kulat dan kehadiran bau dalam setiap proses pembuangan habuk. Dibantu dengan penapisan HEPA, ruangan habuk akan memerangkap setiap partikel habuk serta menghasilkan udara yang segar dan bersih di rumah anda.

Sistem pensterilan pengaktifan-oksigen dan penapisan HEPA membantu melindungi keluarga anda daripada asma, alahan, dan pelbagai masalah atau penyakit pernafasan.

Memastikan tiada bakteria dan bau mencemarkan rumah, menghapuskan semua punca alahan, dan melindungi keluarga anda… ROIDMI Eve Plus Robot Vacuum bersedia memberi perlindungan dari segi kesihatan di setiap sudut rumah demi melindungi insan tersayang.

Link Pembelian: https://bit.ly/3vMncGz

Link website rasmi: https://www.roidmi.com/en/p-eveplus.html