
Siren Kecemasan Dibunyikan – Penduduk di Utara Kepulauan Hokkaido Cemas Gara – Gara Peluru Berpandu Korea Utara
GAYA HIDUPPenduduk di Utara Kepulauan Hokkaido hari ini dikejutkan dengan arahan oleh pihak Kerajaan Jepun supaya menyelamatkan diri. Ini adalah gara – gara peluru berpandu yang dilepaskan oleh Korea Utara merentasi sebahagian daripada kepulauan terbabit.
Walaubagaimanapun, pihak Korea Utara memberi alasan dan menuduh pihak Amerika Syarikat adalah punca kepada semua ini. Kejadian yang berlaku awal pagi selasa ini dikatakan sebahagian daripada latihan daripada regim Kim Jong-Un. Peluru berpandu jarak jauh tersebut telah merentasi Utara Kepulauan Hokkaido dan telah mencapai altitude maksimum pada 350 batu dan terbang sejauh 1700 batu.
Pihak tentera Jepun pula dikatakan tidak mahu menembak jatuh peluru berpandu terbabit namun, mereka mengutuk pelancaran itu sekeras – kerasnya. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata bahawa mereka melakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyat Jepun dan perkara seperti ini dianggap serius kerana melancarkan peluru berpandu merentasi sesebuah Negara adalah suatu ancaman yang serius.
Menerusi perbualan telefon, Perdana Menteri Jepun telah mendapat persetujuan Donald Trump supaya terus mangadakan tekanan terhadap Korea Utara. “Kita harus mengadakan mesyuarat tergempar di Pertubuhan Bangsa Banga Bersatu dan terus menekan Korea Utara” kata Abe.
Difahamkan bahawa Presiden Korea Utara, Jong Un telah melancarkan lebih daripada 80 ujian peluru berpandu sepanjang pemerintahannya.
Sementara itu, pakar analisis pula berpendapat bahawa pelancaran peluru berpandu Hwasong-12 pada Selasa yang lalu oleh Korea Utara merupakan rentetan daripada ancaman dan amaran yang telah dikeluarkan oleh mereka terhadap Guam, iaitu salah satu kawasan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video