Sistem Rating Hotel Berdasarkan ‘Star’ – Ini Yang Anda Perlu Tahu

HOTEL
March 18, 2019 - 12:57 PM


Setiap hotel atau resort di seluruh dunia menggunakan sistem rating ‘bintang’ atau star untuk menunjukkan ke-tereran sesebuah hotel. Kalau yang 5-star tu, kitab oleh jangka macam mana layanan, perkhidmatan dan segalanya.

Ada kalanya sesetengah hotel ni ‘memberikan’ bintang kepada hotel mereka sendiri walhal, dari segi fasiliti, kelaut! Sebenarnya, tiada sisten pemarkahan yang universal digunakan dalam menentukan bintang pada sesuatu hotel atau dalam sesetengah laman web travel, bintangnya berlainan.

Walaupun macam tu, sebenarnya ada beberapa garis panduan yang sesetengah hotel perlu patuhi untuk mendapatkan atau melabelkan diri mereka ada berapa bintang.

Secara umumnya, di US sistem rating 5 bintang digunapakai oleh kebanyakan organisasi seperti AAA (American Automobile Association) iaitu sebuah organisasi bebas. Satu bintang dikelaskan sebagai yang terendah dan 5 bintang adalah yang tertinggi.

Ini sebenarnya yang memberzakan hotel 1 bintang sehinggalah 5 bintang.

1 – Bintang : Hotel bertaraf 1 bintang ini biasanya ia hanya tawarkan perkhidmatan asas penginapan tanpa sebarang perkhidmatan tambahan.

Tapi, bukan bermakna hotel 1 bintang ni kotor, tak dijaga atau sebagainya. Erti kata mudah, hotel satu bintang ni hanya ada sediakan bilik yang boleh korang bermalam. Tak lebih pada itu.

Dari segi kemudahan, hotel 1 bintang menurut HOTREC (Hotels, Restaurants & Cafés in Europe) perlu ada :

  1. 100% bilik menggunakan aircond
  2. Pembersihan bilik setiap hari
  3. Semua bilik dilengkapi TV dan alat kawalan jauh TV
  4. Meja & Kerusi
  5. Sabun
  6. Reception
  7. Telefon
  8. Menjual minuman di hotel
  9. Meletakkan / Meminta Deposit

2- Bintang : Sama seperti hotel 1 bintang, ia lebih selesa dari hotel 1 bintang tetapi lagi murah daripada hotel yang tinggi bintangnya. Biasanya lebih selesa lah.

Dari segi kemudahan, hotel 2 bintang menurut HOTREC (Hotels, Restaurants & Cafés in Europe) perlu ada (selain yang berada di hotel 1 bintang) :

  1. Buffet Sarapan Pagi
  2. Lampu Bacaan sebelah katil
  3. Peralatan mandi (shower gel, shampoo)
  4. Tuala
  5. Rak
  6. Membekalkan produk sanitari macam ubat gigi, berus gigi dan sebagainya
  7. Bayaran boleh menggunakan kredit kad.

3- Bintang : Hotel bertaraf 3 bintang biasanya perlu menyediakan kemudahan unik dan perkhidmatan yang berkualiti.

Dari segi kemudahan, hotel 3 bintang menurut HOTREC (Hotels, Restaurants & Cafés in Europe) perlu ada :

  1. Reception dibuka 14 jam, boleh dihubungi 24 jam, pekerja boleh bertutur dwibahasa.
  2. Perkhidmatan luggage / bell boy
  3. Minuman disediakan di bilik
  4. Telefon disediakan di bilik
  5. Kemudahan internet disediakan di ruang umum dan bilik
  6. Water heater (shower), alat pengering rambut
  7. Meja solek, tempat khas meletak / menyimpan luggage
  8. Perkhidmatan dobi
  9. Tambahan bantal dan selimut on demand
  10. Sistem pengurusan aduan yang cekap

4 bintang : Selalunya, hotel bertaraf 4 bintang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan keselesaan yang luar biasa.

Dari segi kemudahan, hotel 4 bintang menurut HOTREC (Hotels, Restaurants & Cafés in Europe) perlu ada :

  1. Reception dibuka 18 jam sehari, boleh dihubungi melalui telefon 24 jam
  2. Lobi menyediakan ruang tempat duduk dan menjual minuman
  3. Buffet sarapan pagi atau sistem kad sarapan
  4. Mini bar (peti sejuk penuh minuman) atau perkhidmatan 24 jam minuman melalui room service
  5. Sofa disediakan dalam bilik dengan meja sisi
  6. Bath robe dan selipar disediakan atas permintaan
  7. Produk kosmetik (shower cap, cotton bud dan lain-lain).
  8. Akses internet
  9. Restoran ala carte
  10. Kolam renang dewasa dan kanak-kanak

5 bintang : Hotel bertaraf 5 bintang perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung. Menyediakan makanan premium sebagai pilihan dan perkhidmatan personal kepada pengunjung. Menyediakan mengunakan produk high-end.

Dari segi kemudahan, hotel 5 bintang menurut HOTREC (Hotels, Restaurants & Cafés in Europe) perlu ada :

  1. Reception 24-jam
  2. Menyediakan perkhidmatan door man / valet
  3. Mempunyai dewan luas
  4. Kad ucapan selamat datang untuk setiap pengunjung di bilik dan disediakan bunga
  5. Penyediaan minibar, makanan dan minuman melalui room service 24-jam
  6. Internet/Wifi Di bilik
  7. Peti simpanan barang
  8. Servis iron baju – siap dalam 1 jam
  9. Perkhidmatan mengilatkan kasut
  10. Kolam renang

Kalau mengikut HOTREC, itulah kriteria yang perlu ada pada sesebuah hotel untuk mendapatkan bintang mereka. Sesetengah hotel antarabangasa di negara ini menggunakan sistem yang sama dan ditambah pula dengan kelayakan minimum untuk taraf bintang hotel yang disediakan oleh MOTAC, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

 

;