Sumber gambar : https://www.automachi.com/
Varian
Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.
Varian G dan X mempunyai lampu jenis halogen, manakala dua varian lagi dilengkapi dengan lampu LED automatik dan lampu nyalaan siang LED. Cermin sisi pada semua varian adalah elektrik.
Varian SE dan AV, ia boleh dilipat secara automatik dan mempunyai lampu membelok LED. Kedua-dua varian ini didatangkan dengan kerusi separa bucket dan upholsteri separa-kulit dua tona, manakala yang selebihnya mendapat kerusi standard dan upholsteri fabrik.
Axia AV didatangkan standard dengan paparan multi-info TFT berukuran 7.0 inci dan paparan audio 9.0 inci seperti yang terdapat pada Alza dan Ativa.
Warna
Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).
Enjin dan transmisi
Enjin ini masih lagi unit 1.0 liter 1KR-VE VVT-i yang sama, tetapi ditala semula dengan kecekapan bahan api 25.3 km/l, atau 27.4 km/l dengan sistem Eco Melahu (Eco Idle). Untuk varian AV, ia turut diengkapi dengan Mod Pemanduan Kuasa (Power Mode Drive).
Sistem Keselamatan
Axia AV mendapat enam beg udara (pemandu, penumpang, sisi dan tirai) dan Perodua Smart Drive Assist. Ciri-ciri lain seperti ABS dengan EBD dan BA, Vehicle Stability Control, Hill-Start Assist dan Traction Control pula disertakan secara standard pada semua varian.
Harga
Menurut paultan.org, harga dijangka bermula dari RM38,600 untuk varian G, RM40,000 untuk X, RM44,000 untuk SE dan RM49,500 untuk AV.
Bagi yang berminat untuk menempah model boleh membuat semakan dahulu di sini blog.pakej.my
Gambar-Gambar Perodua Axia 2023