Spotify Perkenalkan Fungsi ‘Block’ – Lepas Ni Lagu Yang Korang Tak Suka Tak Akan Keluar Lagi

GAYA HIDUP
January 24, 2019 - 02:25 PM


Platform penstriman muzik, Spotify baru-baru ini memperkenalkan butang atau fungsi ‘block’ yang membolehkan pendengar dan pelanggan untuk menyekat mana-mana artis dalam aplikasinya.

Caranya mudah, pergi ke mana-mana artis yang korang tak suka atau kurang gemar dengan muziknya, tekan ‘don’t play this’ pada menu.

Contohnya macam ini, kitorang cuba dekat halaman penyanyi  As’ad Motawh, tekan tiga titik pada atas kanan tu, kendian tekan don't play this. Lepas tu akan keluar yang nombor 3.

Jadi, selepas ini, sportify kami tak akan mainkan semua lagu yang dinyanyikan oleh As'ad. Ini contoh je, bukan nak cakap kitporang pangkah As'Ad Motawh pulak. Hehe. 

Ciri ini nampaknya ditunggu-tunggu oleh semua pengguna Spotify kerana sebelum ini ada desakan untuk mengeluarkan muzik beberapa artis yang terlibat dengan pelbagai salah laku. Antara contoh adalah R Kelly.

Tekanan yang diberikan sejak beberapa minggu lepas berlaku apabila R Kellu dituduh terlibat dalam salah satu kesalahan seks. Jadi gerakan tersebut melancarkan #MuteRKelly.

Lepas ni, lagi senang kerja diorang. Pergi sahaja ke laman artis R Kelly dan klik ‘don’t play this artist.

Buat masa ini, ciri ini hanya terdapat di aplikasi spotify di telefon pintar manakala versi desktop belum disediakan lagi. Mungkin akan datang.