Stylelah Gambar Cuba ‘Test Power’ Triton Kamal Adli Yang Tersangkut Nih!

GAYA HIDUP
September 21, 2021 - 04:49 PM


Memang level luar biasa gambar Kamal Adli kali ini, katanya tersangkut masa nak beli keropok kat Kuantan baru-baru ni. Mungkin kedai tu terletak kat tengah laut mungkin.

Menurut Kamal, dia sudah lama tidak memandu kereta tersebut, jadi dia mengambil keputusan pergi membeli keropok menggunakan laluan pantai untuk ‘test power’ trak pikap tersebut.

Semasa Kamal menikmati angin petang di tepi pantai tersebut, dia mengambil keputusan untuk cuba membuat aksi pusingan ‘donut’ di hujung pantai. Pusingan pertama dia berjaya membuatnya tanpa sebarang masalah. Tetapi apabila masuk ke pusingan kedua, trak pikap kesayangannya terus terbenam ke dalam lumpur.

Menerusi 6 keping gambar yang dikongsikan oleh Kamal di Instagram miliknya cukup membuat orang ramai terhibur sehinggakan ada yang menganggap pelakon tersebut sedang melakukan sesi fotografi untuk pengiklanan untuk model Mitsubishi Triton.

Walau apa pun gambar kali ini memang luar biasalah dan trak pikap ini telah berjaya diselamatkan dengan bantuan beberapa orang lain dengan menggunakan Mitsubishi Triton dan sebuah jengkaut bagi memudahkan proses mengeluarkan kereta milik pelakon tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K.A (@kamaladli)