Sudah Berkahwin Tapi Masih Dara, Isteri Dedah Suami Mencintai Lelaki Lain

GAYA HIDUP
July 13, 2022 - 05:54 PM


Viral baru-baru ini di TikTok satu pendedahan dari seorang wanita. Pernikahan, mahligai yang baru dibina musnah sekelip mata. Semuanya berpunca dari si suami sonsang.

Menurut wanita yang manis berhijab itu, suaminya berubah sikap selepas mereka mendirikan rumah tangga, malah dia tidak pernah disentuh olehnya.

"Perasaan bahagia saya waktu itu adalah berkahwin dengan orang yang saya cinta dan melihat orang tua bahagia. Namun selepas berkahwin, sikapnya banyak berubah dan banyak perkara yang saya tak sangka

"Malah, sepanjang perkahwinan, sekali pun dia tidak mahu menyentuh saya. Saya dah kahwin tapi masih dara," 

Selain menggunakan gelaran abang dan sayang, kedua-dua mereka turut berbalas mesej mesa dan ucapan / love you. Kata wanita itu, dunianya bagaikan hancur seketika apabila dia melihat mesei romantis antara suaminya dengan lelaki berkenaan.

"Bahkan saya pula yang rasa bersalah sebab memeriksa telefon miliknya. Dia menghilang. Dia lost contact dengan semua keluarga. Kecewa dan stres sangat, hampir nak gila rasanya.

"Hal yang tidak pernah dibayangkan terjadi dalam hidup saya. Hancur sehancur- hancurnya sampai pada masa itu saya ingin mengakhiri hidup tapi disedarkan oleh orang tua, keluarga dan sahabat yang
selalu bag semangat. Everything is over." ujarnya lagi.

Pada penghujung video, wanita itu turut berkongsi salinan dokumen perceraian beliau dengan suaminya yang bertarikh 4 Julai baru-baru ini

Destination: