“Surah Ar-Rahman is so magical” – Gadis dedah rahsia dapat Vice Chancellor Award





Siapa yang tengah struggle nak dapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tak kira la kat sekolah ke universiti atau kolej?

Nak tau tak ada satu tips yang simple tapi sangat powerful yang korang boleh amalkan untuk dapat gred atau pointer yang gempak? Cara dia mudah je, cuba korang selalu pasang Surah Ar-Rahman masa tengah study, Insya-Allah dipermudahkan apa yang korang nak hafal.

Cara tu terbukti berkesan pada seorang gadis yang juga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila dia berjaya memperoleh pointer 4.00 dan sekaligus mendapat ‘Vice Chancellor Award’! Hebat, kan?

Ramai netizen di Twitter bersetuju dengan tips yang dikongsikan gadis ini. So, bagi korang yang susah sangat nak menghafal atau tengah struggle nak exam bolehlah cuba tips Surah Ar-Rahman ni untuk mendapat keberkatan ilmu dan memudahkan korang jawab exam nanti. Semoga berjaya!

 

 

;