Susah Untuk Tidur? Cara Ini Mampu Buat Anda Tertidur Dalam Masa 2 Minit

GAYA HIDUP
February 15, 2019 - 10:45 AM


Kesukaran untuk tidur sebenarnya boleh dikategorikan sebagai satu penyakit yang dipanggil insomnia dan ianya terjadi kepada hampir semua golongan. Insomnia adalah masalah untuk tidur atau sentiasa terjaga sepanjang malam. Ia boleh berlaku secara berkala ataupun jangka pendek atau berpanjangan.

Baca sini untuk tahu Apa Itu Insomnia?

Kadang-kadang ada pelbagai punca kenapa kita susah nak lelapkan mata, ada berkemungkinan disebabkan stress, ganguan emosi dan terlalu memikirkan masalah.

Kalau anda tergolong dalam kalangan ni, atau sejak dua menjak ni susah betul mata nak lelap, jangan risau ada cara atasi masalah susah tidur ni sebenarnya. Sebelum ni, kami ada kongsikan 10 tumbuhan yang boleh membantu kita tidur nyenyak.

Kali ini, kami terjumpa trick ataupun cara mudah tidur dalam masa 2 minit. Cara ini disyorkan dan oleh tentera laut US dan ianya juga pernah dikongsi dalam buku tajuk ‘ Relax and Win : Championship Performance’.

Menurut tentera laut US, cara mudah untuk tidur dalam masa 2 minit ini terbukti berkesan dan peratus kejayaannya adalah 96%.

Macam mana caranya?

Pertama : Relaxkan otot pada muka. Ini termasuk rahang, lidah dan otot sekeliling mata.

Kedua : Jangan tegang sangat bahu sebelum tidur, jatuhkan atau turunkan bahu serendah yang boleh sebelum relaxkan tangan bermula dari bahagian atas ke bahagian jari. Buat satu per satu.

Ketiga : Tarik dan lepaskan nafas, tenangkan bahagian dada korang pulak. Kemudian kaki, bermula dari peha sehingga bahagian kaki.

Keempat : Dapatkan ‘deep relaxation’ selama 10 saat. Kosongkan fikiran.

Untuk langkah keempat, korang boleh cuba bayangkan salah satu daripada tiga situasi dibawah ni :

  • Berbaring dalam kanu, dan korang berada pada satu tasik yang tenang dan langit yang biru.
  • Berbaring dalam hammock hitam, dalam bilik yang gelap segelap gelapnya.
  • Sebutkan ‘jangan fikir’ banyak kali selama 10 saat.

Jika betul teknik yang dilakukan, langkah demi langkah, korang akan terlelap dalam masa kurang 2 minit. Cubalah!