Tahun Lepas Selipar, Tahun Ini Giliran Songkok Tun Jadi Pilihan

GAYA HIDUP
May 27, 2019 - 01:35 PM


Kalau tahun sudah, selipar jenama ‘Bata’ menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-7 Malaysia, Tun Dr Mahathir dilihat memakai selipar berkenaan, tahun ini nampaknya ramai mula ‘mencari’ songkok Tun pula! 

Kalau anda ada saudara mara yang berasal dari Kedah, dan tahu akan cerita songkok Tun ini, cuba minta mereka tunjukkan dimana letaknya kedai songkok ‘favourite’ Tun M ini di Kompleks Pekan Rabu.

Terkenal dengan songkok yang berkualiti, kedai Encik Sardi Dahar ini sememangnya akan menjadi tumpuan untuk para lelaki untuk mencari songkok. Paling dicari setiap tahun semestinya ‘Songkok Style Tun’.

Menariknya berkenaan songkok ini, ia adalah ringan, boleh dilipat dan tidak mudah mengecut selain diperbuat daripada baldu berkualiti tinggi. Setiap tahun, kira-kira 200 hingga 250 unit songkok terjual pada musim perayaan.

Songkok Gaya Tun ini telah ditambahbaik tahun ini dengan meletakkan tanda daganan ‘Style Tun Collection’ dan ‘Prime Minister of Malaysia’ di sisi kiri dan kanan bahagian dalam songkok berkenaan. Kalau nak cetak nama sendiri pun boleh, harga yang dikenakan adalah RM150 seunit.

Kalau nak tahu, bukan suka-suka En Sardi ‘menjual’ nama Tun, sebabnya pada tahun 2002 lagi, Tun telah memberi kebenaran untuk namanya digunakan pada koleksi songkok berkenaan.

Bila dah guna nama Tun ni, semestinya kualiti dijaga rapi, selain ia sentiasa ditambah baik. Sebab itulah, proses membuatnya memakan masa dengan menggunakan baldu terbaik dan jahitan tangan yang kemas serta corak dalaman yang berbeza daripada songkok yang berada di pasaran.