Tak Perlu Habiskan Masa Di Imigresen - Di KLIA Pun Boleh Buat Pasport!

GAYA HIDUP
July 11, 2023 - 05:31 PM


Mesti korang penat kan menunggu urusan korang selesai di pejabat yang ramai orang. Tambah-tambah kalau hari tersebut hari bekerja dan mengganggu produktiviti korang di pejabat.

Ramai mengeluh kena beratur panjang untuk membuat permohonan pasport baharu sehingga terpaksa menunggu sehari suntuk. Ada juga yang dah penat menunggu tapi tak dapat langsung nombor giliran.

Itulah yang dialami oleh lelaki yang dikenali sebagai @dohankhairudin di laman Twitter-nya mendedahkan dia menjumpai cara lain yang lebih cepat dan perkongsiannya dapat membantu kita.

Kongsinya di laman Twitter, dia membuat keputusan untuk memohon pasport itu di Kajang kerana dikatakan tak ramai orang berbanding UTC.

Dohan dengan rasa senang hati menjadi orang terawal menunggu giliran di situ, bagaimanapun tiba-tiba dia dimaklumkan bahawa permohonan baharu perlu dilakukan di cawangan Putraja dan Shah Alam sahaja.

Siapa je yang tak frust bila dah menunggu dari awal pagi, tapi diberitahu yang permohonan baharu tak dapat dibuat di situ. Bagaimanapun, dia terus ke Putrajaya memandangkan baru saja pukul 8 pagi.

Sesampai sahaja Dohan ke sana, nombor giliran pula habis kerana Pejabat Imigresen hanya menerima 100 permohonan sehari. Ciapnya di Twitter jelas kecewa kerana tiada sebarang notis atau pemberitahuan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen.

Dia yang terdesak mahu siapkan segera urusan pasport tersebut menghubungi rakan untuk meluah hari yang dilaluinya. Namun terkejut apabila rakannya kata di KLIA1 sediakan perhidmatan memohon pasport.

"Cerita kejap dengan kawan my frustration. Sekali dia cakap jangan balik dulu. Cuba pergi KLIA1 and I was like, KLIA ada buat passport? What joke is this?

"Oh rupanya benda ni baru. Tak ramai pun yang tahu kewujudan tempat ni. Sebab memang recently launched. Tapi masa ni pasrah, kalau sampai, nombor giliran habis, kita pergi next time jelah. Tapi niat ke sini sebab passport siap dalam masa 1 jam!" ciap Dohan.

Pejabat Imigresen ini memang khas untuk urusan berkaitan pasport termasuk urusan permohonan kali pertama, malah tiada had seperti di cawangan lain.

Tak Perlu Isi Borang Pun Buat Pasport!

Dohan juga kongsikan untuk korang segala maklumat mengenai waktu operasi, dokumen serta waktu permohonan dibuka dan yang paling melegakan, tak perlu isi borang!

Dia juga memberitahu untuk datang lebih awal kerana dibahagi kepada dua slot iaitu slot pagi dan petang. Slot pagi hanya menerima 100 pemohon manakala pada sebelah petang lebih dari 100. Ini bermaksud, lebih 200 pemohon diterima sehari di Pejabat Imigresen berkenaan.

"Yang penting datang dulu pagi dan ambik nombor siap-siap. Kau tak ambik, masaklah datang petang kena kick camtu je" tambah Dohan.

Beliau juga beri beberapa tips dan panduan untuk memohon pasport di situ. 

  • Kad pengenalan yang masih berfungsi dengan baik cip-nya.
  • Salinan kad pengenalan hitam putih 1 salinan.
  • Kad debit, kad kredit atau e-wallet dengan baki yang mencukupi (hanya menerima transaksi atas talian.

"Sebab semua dah link dengan JPN. So all info dapat. Siap-siap ukur tinggi korang sebab dia akan tanya.

"Pakaian dan rupa diri. Ni memang aku nak kena tekankan. Sebab aku rasa yang ini common sense. Pakai molek-lah, dalam portal pun dia dah mention apa yang perlu" tambahnya lagi.

Kan senang dah tu. Korang tak perlu lagi kena beratur panjang untuk memohon pasport baharu dan nak lagi mudah, ada beberapa pejabat imigresen yang boleh mohon atas talian tau.