Tampil Lebih Bergaya Dengan 10 Tip Simple Berhijab Dan Mix & Match Outfit

GAYA HIDUP
June 05, 2018 - 01:15 PM


Tampil Lebih Bergaya Dengan Tip Simple Berhijab Dan Mix & Match Outfit | Bulan ramadhan telah pun seminggu berlalu ini bermakna kita ada tiga minggu lagi untuk nak sambut hari raya ! Horeyyy!

Bulan puasa adalah bulan yang sibuk untuk umat islam untuk buat macam-macam jenis persiapan raya.. Ada yang dah start sibuk borong tepung minyak nak buat kuih raya, dan ada juga dah sibuk borong kain nak buat baju raya ! Tak pun mesti ada yang tengah malam akan survey butik-butik mana yang jual baju raya design cantik untuk tahun ni. Terlalu banyak pilihan ! Belum lagi fasa kita walk in butik tu sendiri yang macam kat Bangi tu ! 😛

Macam-macam pilihan baju raya , kasut raya, tudung raya, kuih raya semua ada! 

Baju raya tu jangan cakap lah, semahal-mahal baju pun orang sanggup beli sebab design dan jenis kain yang cantik membuatkan kita tak keruan . Haha Bila baju dah beli , tudung pulak selalunya akan blurr sampai setengah jam tak tau nak beli tudung macam mana..Macam-macam juga jenis design tudung yang dikeluarkan pada tahun ni , dan semestinya pelbagai jenis warna yang telah dikeluarkan oleh jenama-jenama tudung untuk memudahkan kita mix and match dengan baju raya kita..

Untuk tudung ni, kalau pening-pening tak reti nak beli warna tudung yang sesuai, boleh tengok video kakak cantik ni ajar macam mana warna baju tu boleh match dengan macam-macam jenis warna tudung yang lain 🙂

Video di atas adalah contoh dan cara pilih tudung yang sesuai dihari raya nanti .. Pakai dihari biasa pun boleh.. Pakai kat office lepas raya ni pun boleh .hihi..semua boleh janji baju dan tudung mix and match sesuai dipakai.

*tip*

Paling penting untuk tambil berkeyakinan dan cantik ianya bermula dari dalaman kita sendiri. Baru lah terserlah ke wajah kita yang tampil berseri. Untuk itu disarankan korang ambil supplement tambahan sebagai sokongan kepada sistem badan kita yang memerlukan vitamin yg mencukupi.

Kami sarankan anda boleh ambil Flavettes Effervescent Glow. Ia mampu menyerlahkan keyakinan anda. Orang kata inner beauty. Flavettes Effervescent Glow mengandungi supplement tambahan untuk untuk menyokong penghasilan kolegen, Glutathione membantu penyahtoksin dalam badan dan membantu mencerahkan kulit, dan Vitamin E bertujuan untuk melindungan dan memulihkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Bila dah baju dan shawl dah jumpa yang boleh mix and match, tiba-tiba pening pula bab style tudung shawl ni.. Mesti murung kat bilik berjam jam di pagi raya , mostly perempuan memang pening nak pakai style tudung macam mana lagi-lagi hari raya ni .. sebab kita akan jumpa ramai saudara mara , adik beradik yang lama tak balik, kawan-kawan yang dah lama berpisah, waktu raya ni lah kita nak tunjukkan kelainan kita dari tahun lalu mungkin kelainan tu dari segi cara tudung shawl yang mana akan menyerlahkan lagi penampilan perempuan dari hari-hari biasa ...

Apa pun boleh rujuk video dibawah untuk rujukan kakak kakak macam mana nak buat style tudung di hari raya ! Takde lah pening kat bilik lama-lama lilit tu lilit ni pusing tu pusing dua tiga kali shawl tu pun tak jadi-jadi juga ! Baik tengok kakak cantik ni buat tutorial 😛

Senang kan ? Haaa.. Harap-harap artikel ini boleh membantu kakak kakak adik adik makcik makcik mak dan mak mertua tampil cantik di hari raya 🙂 Tak de lah pening waktu nak beli baju , tak jugak pening di pagi raya 😛

Tip tambahan untuk bergaya lebih di hari raya

  • Gayakan Lipstick pink dengan outfit biru muda
  • Kalau hijab ada warna gold boleh sesuaikan dengan kasut dan beg tangan warna biru
  • Pakai tudung berwarna muda dari kulit anda
  • Sesekali gunakan warna monochromatic.
  • Eksperimen dengan selendang bertekstur untuk menambah elemen baru untuk pakaian anda
  • Pakai hijab yang berwarna-warni dengan blazer hitam
  • Tudung bercorak adalah cara terbaik untuk tidak terlalu monokromatik dan memasukkan lebih banyak dimensi ke dalam pakaian.
  • Gayakan dengan teknik tudung yang berbeza bergantung pada bentuk wajah anda
  • Nak lebih nampak dramatik boleh pakai tudung berwarna hitam

*tip*

Kalau nak kulit yang bersih, sihat dan cantik, korang wajib ambil makanan tambahan. Boleh cuba Flavettes Effervescent Glow. Kerana ianya mengandungi formula 3 in 1 iaitu vitamin C, Vitamin E, Glutathione untuk menganjalkan dan mencerahkan kulit.

Boleh ambil 1 tablet sehari. Dengan 1 tablet ini ianya sudah cukup untuk memberikan penyerapan nutrien kita punya badan. 

Matlumat Lanjut: