Terbaiklah Tindakan Abang Lori Ini Untuk "Sekolahkan" Pemandu Malaysia Yang Tak Reti Bahasa

GAYA HIDUP
September 07, 2017 - 12:12 PM


Kesahalan menggunkan lorong kecemasan memang selalu berlaku. Adakah pemandu kita masih tidak tahu lorong itu adalah lorong kecemasan dan kegunaan nya? Tidak ambil iktibar kah kita dari peristiwa yang meragut nyawa tahun lepas? 

Tindakan abang lori yang kini tular melalui video di facebook baru-baru ini untuk mengambil inisatif bagi mendidik pemandu Malaysia supaya tidak menggunakan laluan kecemasan rata-rata di puji oleh natizen. Namun ada juga yang mengkritik. Tapi bagi kami ianya memang patut di lakukan. 

Saya driver lori dalam video ni. Utk yg mengecam tu, meh sy terangkan apa yg berlaku. Saya dari pukul 6.30 pagi daripada Alor Setar menuju ke KL. Video dirakam pada pukul 4.40 ptg di Ladang Bikam. Cuaca hujan dari subuh membawa ke petang. Keadaan jalan licin. Kereta pula byk yg menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kenapa saya buat macam tu? 

Sebab sepanjang perjalanan saya dri Alor Setar - Ladang Bikam, lebih daripada 3 buah motorsikal kemalangan angkara sifat-sifat pemandu kereta yang tak reti sabar dan pentingkan diri. Kereta pon ada juga yang eksiden. Akhirnya kesesakan bertambah teruk.

Jadi, kerana kasihankan penunggang motorsikal yang tgh seronok baru balik daripada kampung, saya buat mcm yg kamu semua lihat dalam video. Saya tak memandu di lorong kecemasan. Instead, saya makan jalan ke kiri lorong kecemasan supaya kereta tak dapat lalu. At least, 2 buah motor masih boleh lalu sebelah saya.

Ramai yang cakap, "mungkin org betul2 kecemasan seperti sakit dan nak bersalin. Macam saya cakapkan, saya menggunakan highway plus utara-selatan. Seperti kita sedia maklum, tiada hospital dekat highway plus. Jadi rata² pengguna lebuhraya plus ketika itu adalah pengguna yg baru balik daripada kampung menuju ke KL.

Katakanlah, kalau KEMUNGKINAN betul2 ada orang nak bersalin atau sakit. Pada saya itu cuma KEMUNGKINAN. Tapi saya sendiri nampak dgn mata saya sendiri penunggang motor yg BETUL² sakit nak mati sebab eksiden angkara pemandu yg x reti sabar dan pentingkan diri.

Jadi, saya lebih utamakan perkara yg dah berlaku daripada kemungkinan.

Kita sebagai pemandu ni, x kisahlah lori ke, bas ke, kereta atau motor, kalau dah nampak orang bagi high beam dan hon dua tiga kali, kita mesti bagi lalu punya. Kita bukan pembaris.

Mungkin ada juga yg nak kata, JPJ dah suruh amik gambar dan hantar je no plate kt no JPJ or SPAD. Betul. JPJ ada ckp mcm tu. Tak dinafikan. Tapi persoalannya, sementara nak tunggu saman sampai kat rumah diorg, berapa byk lagi penunggang motor yg perlu hilang nyawa yg sy kene tengok akibat daripada sifat pentingkan diri pemandu lain? 

Yang benar,
Abang Lori NIsmilan. Aka Abam lori dalam Video.

Terbaiklah abang lori!!!