Teringin Nak Jadi Duta Buku Di Pesta Buku? Ini Peluang Anda

GAYA HIDUP
February 06, 2018 - 10:54 AM


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau PBAKL merupakan pesta buku terbesar di Malaysia. Bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pesta yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dengan kolaborasi Kementerian Pendidikan Malaysia ini mensasarkan lebih dari 2 juta pengunjung.

Untuk edisi tahun ini, tarikhnya adalah pada 27 April hingga 6 Mei 2018. Masa lawatan adalah dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hari Isnin hingga Khamis, manakala untuk hari Jumaat, Ahad dan Cuti Umum adalah dari 10 pagi hingga 9 malam.

 

 

Namun, sekiranya korang berminat nak jadi sukarelawan, ataupun disebut ‘Duta Buku’ permohonan sudah boleh dihantar. Antara syarat yang ditetapkan untuk menjadi ‘Duta Buku’ adalah :

* Berumur antara 18 dan 24 tahun.

* Sihat tubuh badan

* Boleh bekerja selama 10 hari iaitu bermula 27 April sehingga 6 Mei

* Boleh menghadiri taklimat pada 26 April (sehari sebelum pesta buku bermula)

* Mudah memberikan senyuman

* Mudah bertolak ansur dan boleh bekerjasama secara berkumpulan

Macam mana? Ada tak ciri-ciri tu kat korang? Kalau ada, cepat-cepat hantarkan resume bergambar (1 muka surat sahaja) ke [email protected]

Jangan lambat, sebabnya Tarikh tutup adalah pada 15 Februari 2018 dan pastikan e-mail korang tu lengkap ye. Hanya 50 orang terawal sahaja akan berpeluang untuk menjadi ‘Duta Buku’ di PBAKL ni. Kalau korang minat buku, dan suka kerja sukarelawan ni, cubalah…

 

Sumber : FB PBAKL