TERKINI: Harga Petrol RON97 Turun Sebanyak 10 Sen Seliter

GAYA HIDUP
November 30, 2022 - 05:27 PM


Harga runcit bagi petrol jenis RON97 turun sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Kewangan Malaysia berkata penetapan harga itu berkuatkuasa bagi tempoh 1 Disember 2022 hingga 7 Disember 2022.

Manakala bagi harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel juga turut kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meingkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, namun harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran,” katanya.