"Terpaling Nature" Ibu Bawa Bayi 6 Bulan Pergi Hiking Dikecam Netizen
GAYA HIDUPSeorang wanita di Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen kerana membawa bayinya yang baru berusia enam bulan mendaki gunung, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Berdasarkan klip video dikongsikan di laman Twitter dan Instagram, sekumpulan pendaki dilihat berjalan menuruni sebuah kawasan pergunungan.
@niavennya #outdooradventures #babyhiking #hikingwithbaby ♬ Angeleyes (Sped Up Version) - tuna (SVT)
Salah seorang pendaki wanita dilihat menggendong bayinya yang sedang tidur sambil berjalan menuruni kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine.
Dia yang turut ditemani suami, menyelimutkan anaknya bagi mengelakkan bayi tersebut kesejukan.
“Duit boleh dicari, bila lagi mahu bawa bayi enam bulan mendaki gunung untuk pertama kali?” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.
Hantaran itu menjadi viral dengan sesetengah netizen mengecam tindakannya, namun ada juga yang menyokong wanita itu.