Threads Bakal Bunuh Twitter - 8 Fungsi Menarik Aplikasi Terbaharu Meta!

GAYA HIDUP
July 06, 2023 - 05:32 PM


Aplikasi dan platform media sosial baharu, Threads kini menjadi bualan hangat di internet seluruh dunia sejak dilancarkan pada 6 Julai 2023 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerbeg.

Threads yang dibangunkan oleh Instagram mirip seperti Twitter. Aplikasi ini dirancang dan dilakukan oleh kumpulan daripada Meta tersebut serta digambarkan sebagai aplikasi micro-blogging untuk masyarakat bersosial.

Ini menjadi saingan hebat kepada platform media sosial terkenal yang dimiliki jutawan, Elon Musk iaitu Twitter. Twitter yang baru-baru ini membuat 'perangai' apabila mengenakan had bacaan Tweet kepada penggunanya dan juga menimbulkan ketidakpuasan hati.

Sejak Threads didedahkan kepada umum, rata-rata pengguna Twitter berpindah ke aplikasi daripada Instagram ini dan berpendapat ia jauh lebih bagus berbanding aplikasi 'burung biru' itu.

Untuk pengetahuan, Threads sudah diumumkan kepada umum sejak tahun 2021 dan baru saja dilancarkan pada hari ini. 

Ramai pengguna Instagram yang sudah mencuba aplikasi daripada Meta ini. Jadi, kenapa korang pun patut muat turun aplikasi ini juga?

Threads 'ala' Twitter Dengan Fungsi Lebih Menarik!

  • Paling best, perkongsian teks hingga 500 aksara berbanding Twitter yang hanya terhad kepada 220 aksara sahaja dalam satu ciapan. Korang taip je apa yang korang nak dalam Threads ni dan tak perlu buang huruf ataupun singkatkan perkataan tersebut menjadi 220 aksara. 
  • Korang boleh muat naik foto, video atau masukkan link video hingga 5 minit panjangnya. Bukannya macam Twitter yang cuma membenarkan penggunanya muat naik durasi video maksimum 2 minit 10 saat sahaja.
  • Ciri kebolehcapaian seperti sokongan pembaca skrin dan penerangan imej dijana oleh teknologi kecerdasan buatan (AI)
  • Menariknya, korang juga boleh filter specific words daripada feeds. Menarik weh.
  • Korang juga boleh follow rakan-rakan yang sama di Instagram. 
  • Dengan setiap ciapan, pengguna boleh mengawal siapa yang dapat melihat ciapan tersebut seperti umum (semua orang dapat membaca ciapan tersebut), followers korang sahaja ataupun beberapa followers yang korang kehendaki.
  • Pengguna yang di-block di Instagram akan automatik di-block juga di Threads.
  • Nak pakai Threads cukup senang untuk sesiapa yang baru muat naiknya. Log masuk menggunakan akaun Instagram korang yang dah sedia ada.

Sejak tengah pagi tadi dilancarkan, ramai pempengaruh dan tokoh politik teruja menggunakan Threads ni. Orang ramai mempersendakan dan mengusik Twitter mengatakan aplikasi 'burung biru' itu akan ditinggalkan serta bakal terkubur.

Takut kekok pakai Threads? Tak perlu risau sebab konsep penggunaan dan idea sama seperti Twitter yang korang boleh ciap dengan penulisan ringkas. Untuk yang dah sedia ada akaun Twitter, bolehlah mencuba Threads. 

Tunggu apa lagi? Let's get Thread-ed!

Sumber : CNET