Tingkatkan Perlindungan Diri 96% Dari Varian Delta Dengan Pemakaian 'Double Mask + Face Shield'

GAYA HIDUP
August 24, 2021 - 03:02 PM


Memandangkan bagi individu yang telah lengkap 2 dos vaksin telah diberikan beberapa kelonggaran pergerakan seperti makan di kedai, bersukan, berkelah, menggunting rambut dan sebagainya -- maka adalah lebih baik sekiranya kita mengambil langkah perlindungan diri yang lebih sempurna sekiranya berada di luar rumah.

Antara yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah penggunaan pelindung muka (face shield) dan 2 lapisan pelitup muka yang boleh memberi 96% perlindungan daripada jangkitan Covid-19 varian Delta.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kadar vaksinasi yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang telah menunjukkan beberapa tanda-tanda awal yang positif.

Ia termasuk bilangan pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan & Trauma hospital telah menurun, begitu juga kemasukan pesakit di wad juga menunjukkan penurunan yang memberangsangkan.

Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah

Destination: