Tips Dan Panduan Membeli Travel Backpack : Saiz Mana Yang Sesuai Eh?
GAYA HIDUPKalau sebelum ini, kami ada kongsikan tips memilih backpack atau beg yang sesuai untuk dibawa travel. Boleh dikatakan banyak beg yang berada dipasaran menepati atau sesuai dengan ciri-ciri yang kami nyatakan.
Untuk mencari beg yang bersesuaian, selain kriteria – kriteria yang memudahkan perjalanan seorang traveller, salah satu perkara utama yang perlu diambil kira adalah saiz beg berkenaan.
Salah satu masalah yang dihadapi semasa nak beli beg terutamanya begpack adalah saiz. Saiz backpack ditentukan dalam unit liter. Macam air, sebab kebanyakan pengeluar backpack ni mengukur mengikut volume ataupun isipadu sesebuah beg.
Volume pada sesebuah backpack ini diukur dengan menambah kesemua isipadu tempat isian beg berkenaan termasuklah bahagian utama, poket sisi dan poket tambahan yang boleh dizip atau ditutup penuh.
Kebiasaannya, backpack dipasaran bermula dengan saiz 15 liter sehinggalah 100 liter dan ada yang lebih. Jadi, persoalannya dekat sini, yang mana paling sesuai dengan kita? Jom kita fahamkan saiz backpack yang dicadangkan mengikut tempoh travel.
Saiz Backpack Yang Disyorkan :
10 ~ 30 L – beg harian
Terlalu kecil dan ia dipanggil daypack. Kebiasaannya jenis daypack ini sesuai untuk aktiviti hiking yang mengambil masa ½ hari ataupun sesuai untuk solo traveller yang nak travel untuk weekend.
Selain itu, ia sebenarnya sesuai digunakan untuk aktiviti harian sahaja. Mungkin dibawa ke pejabat dan sebagainya.
40 ~ 45 L – 1 hingga 3 malam
Untuk trip yang sekejap, 2 atau tiga malam, saiz 40 L hingga 45 L adalah yang paling ideal atau 'saiz standard'. Malah, kalau jenis yang travel light, korang boleh tahan sampai sebulan.
Beg ini sesuai juga untuk travel ke negara yang 1 iklim sahaja, yang mana anda tak perlu untuk bawa baju sejuk yang tebal. Backpack bersaiz ini biasanya adalah saiz yang dibenarkan masuk ke kabin pesawat sebagai hand-carry.
50 ~ 65 L – 3 hingga 5 malam
Beza antara percutian pendek dan panjang adalah mungkin memerlukan pakaian atau peralatan yang lebih banyak. Kalau korang jenis travel kena bawak baju dan seluar yang banyak, kasut pelbagai, atau ada peralatan sukan ke, ini saiz yang terbaik.
Saiz 50 hingga 60 Liter ni juga elok dibawa untuk korang muatkan baju sejuk yang tebal mahupun khemah kecil. Tapi, bila dah bawak saiz ini, tak boleh bawa naik ke pesawat ye. Boleh cuba kalau kurang daripada 7 kg. Tapi, rasanya itu mustahil.
70 ~ 120 L – 5 hari ke atas
Beg jenis ini dipanggil beg ekspedisi. Kalau korang nak panjat gunung yang makan masa seminggu dan keatas, elok lah bawak saiz ini sebab sudah tentu korang akan perlu masukkan dan memuatkan barangan yang banyak.
Biasanya bila beg 70 liter dan keatas, ia akan didatangkan dengan kerangka penyokong yang memberatkan beg, jadi kalau setakat nak travel 3 hari atau 4 hari, rasanya tak perlu bawak beg sebesar ini. Korang nak travel ke nak pindah rumah?
Nota editor : Menurut pengalaman, walaupun pergi seminggu, paling maksima pun korang perlukan beg bersaiz 45 liter, itu pun nanti banyak bawak benda mengarut dan last sekali tak pakai pun. Buat berat pikul beg je. Belajarlah travel light. Hehe.
TIPS MEMILIH BACKPACK UNTUK SEMUA JENIS TRAVELER
10 BACKPACKERS HOSTEL DENGAN RATING TERBAIK DI KUCHING