Tips Khatam Al Quran Dalam Masa Sebulan

GAYA HIDUP
March 26, 2020 - 10:29 AM


Menurut perkiraan tarikh, umat Islam bakal menyambut bulan puasa atau bulan Ramadan pada 24 April 2020 hari Jumaat. Menurut perkiraan, kurang dua hari genap sebulan tempoh dari hari ini sebelum kita akan berpuasa.

Umum ketahui, seluruh dunia sekarang dilanda wabak Covid-19 dan negara kita melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April, 10 hari sebelum bermulanya bulan puasa.

Sepanjang tempoh PKP ini, pastinya orang ramai mengisi masa lapang dirumah dengan bermacam-macam aktiviti dan memetik ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, inilah waktunya untuk para bapa / suami untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan melakukan solat secara berjemaah dirumah.

Bagi menghadapi tempoh sekitar dua minggu lagi sebelum berakhirnya PKP ini, salah satu aktiviti yang boleh dilakukan adalah membaca Al-Quran. Seperti ‘kena’ dengan tempoh bermulanya puasa nanti, sekitar sebulan, anda sebenarnya boleh khatam Al Quran dalam masa tersebut.

Menurut perkongisan fatehteam, cara ini merupakan cara biasa yang diamalkan oleh para muslimin untuk khatam Al-Quran dalam tempoh 30 hari. Lebih – lebih lagi pada bulan Ramadhan nanti. Apa salahnya anda bermula awal, mungkin tahun ini anda dapat khatam lebih dari sekali.

Cara yang dikongsikan ini amat mudah dan tidak membebankan. Ianya tidak mustahil untuk dicapai, perlukan disiplin dan keazaman sahaja.

Caranya seperti berikut :

Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

2 muka surat sebelum solat fardhu

2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.

Jika tidak mahu keseorangan, mungkin anda boleh ajak ahli keluarga untuk bertadarus bersama, menjelang Ramadhan nanti, boleh khatam…