Berita Baik Buat Permain Mobile Legends! Anda Berpeluang Menjadi Bintang Baru E-Sport Dan Memenangi Hadiah Sehingga 250,000 USD

GAYA HIDUP
October 13, 2021 - 04:57 PM


Perhatian! Kaki Mobile Legends sekalian! Ini adalah peluang terbaik korang untuk develop skill atau talent yang terpendam, sama ada korang berminat atau bercita cita menjadi seorang ‘pro gamer’, ataupun menjadi seorang ‘caster’ yang mantap! Selain itu, korang juga berpeluang membawa pulang wang ganjaran sebanyak 250,000 USD sekaligus mengharumkan nama negara Malaysia di peringkat antarabangsa dalam acara E-sport. 

Cyberathlete Collegiate Mobile Legends (CCML) Season 2 

Malaysia sedang mencari wakil untuk menyertai pertandingan Cyberathlete Collegiate Mobile Legends (CCML) season 2. Pendaftaran Season 2 masih lagi dibuka kepada semua pasukan E-Sports Institut Pengajian Tinggi dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam dan beberapa negara lagi! 

Peringkat yang pertama, setiap kumpulan yang berdaftar akan bersaing dalam pusingan kelayakan yang bermula pada Oktober sehingga Disember 2021. Juara bagi setiap negara akan ditempatkan dalam pusingan 16 kalah mati yang akan berlangsung pada 15 Januari sehingga 29 Januari 2022.

Setiap negara yang berjaya menempatkan diri sehingga 8 kumpulan terakhir akan membawa pulang 2000 USD dan bagi pasukan finalis, mereka akan bersaing bagi merebut takhta juara season kedua dan wang tunai sebanyak 5000 USD. Kumpulan yang berjaya muncul juara pada CCML season 2 akan layak secara automatik untuk bertanding di season 3 dan membawa pulang wang ganjaran sehingga RM 63, 000.

Syarat Kelayakan Pendaftaran:

  • Hanya terbuka untuk pelajar universiti/ kolej
  • Ahli pasukan terdiri dari pelajar universiti/ kolej yang sama
  • Satu kumpulan dianggotai oleh 7 orang (5 pemain + 2 simpanan)

Link Pendaftaran : Klik Sini

The Uprising E-Stars (TUE)

CCML Highlight Antara Highlight untuk CCML Season 2 kali ini adalah pihak penganjur iaitu ESN dan Sandisk membuka peluang untuk mereka yang ingin menceburi dalam bidang E-Sports melalui Program The Uprising E-Stars(TUE) dan juga Play With Pro (PWP) dimana korang berpeluang bermain satu match dengan Pro Player Mobile Legend.

The Uprising E-Stars(TUE) yang dianjurkan oleh Cyberathlete Collegiate Mobile Legends adalah satu platform atau program yang ingin melahirkan bakat-bakat baru dalam E-Sports. Program atau kursus ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia. Terdapat 3 sesi latihan yang bakal diketuai oleh pro gamers seperti Ashi dan Kuja, manakala caster terkenal seperti Qontra dan Ikuto akan share pengalaman mereka dan membantu dalam membentuk korang menjadi seorang caster yang beribawa.

Setiap sesi latihan akan dijalankan melalui aplikasi Zoom pada November 8, 10 dan 11 dan ianya terbuka kepada semua yang berminat menjadi caster. Bagi player pula, tarikh class tersebut adalah pada 15, 17 dan 18 November, masa bagi setiap kelas ini adalah pada pukul 7 pm hingga 8 pm. 

Selepas selesai 3 sesi latihan, talents yang terpilih bakal dibawa menyertai satu tournament untuk merasai sendiri pengalaman yang baru sama ada sebagai pemain ataupun caster. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Manalah tahu ini antara jalan atau cara untuk korang realisasikan impian korang dalam E-Sports!

Link Pendaftaran : Klik Sini

Play With Pro (PWP)

Sebagai peminat game Mobile Legends, korang mesti teringin kan menjadi sebahagian team member yang diketuai oleh Ashi dan Kuta? Peluang bermain satu perlawanan Mobile Legend bersama mereka kini dibuka! Satu sesi ‘Play With Pro’ akan berlangsung secara live ketika final CCML Malaysia Qualifier Season 2. Team members akan dipilih oleh Ashi dan Kuja melalui Facebook secara rawak. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan buat sehabis baik untuk buktikan kemampuan diri anda !