
Untuk Peminat HELLO KITTY Tegar! Pameran SANRIO terbesar Di Asia Tenggara
GAYA HIDUPCas camera, packing selfie stick dan bawak powerbank korang! Jika korang peminat tegar karekter-karekter ikonik Sanrio sudah tiba masanya untuk mengunjungi pameran terbesar Sanrio di Asia Tenggara. Sejak 1960an watak-watak Sanrio sudah mewarnai kehidupan kanak-kanak dan juga dewasa serata dunia. Semestinya diantara 400 lebih watak, yang paling diminati dan dikenali ramai adalah Hello Kitty. Dianjurkan oleh ALATA EVENT dan MACEXPO pameran ini mendapat sokongan dari Tourism Malaysia.
Bertempat di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dan sedang berlangsung dari 24 November sehingga 6 Januari ada 13 Zon merangkumi keluasan 1,500 meter persegi! Ada Time Tunnel yang membawa korang mengimbau kenangan karakter SANRIO, Plushy World adalah zon penuh dengan anak patung dengan tarikan utama adalah patung Hello Kitty gergasi.





Tetapi zon yang paling kami suka dan semestinya korang akan teruja adalah SANRIO Village. Siap ada Sanrio Train, watak-watak Sanrio seperti Patty & Jimmy dan Mina no Tabo menanti korang dalam kereta api. Memang puaslah amik gambar. Tidak dilupakan juga ada pelbagai permainan yang menawarkan hadiah-hadiah unik untuk ditambah ke koleksi korang. Jangan risau, walaupun korang dah dewasa masih ada secebis sang kanak-kanak didalam hati setiap orang.







Unik disini ada Sanrio Tour Malaysia. Karekter-karekter kegemaran anda berlatar belakangkan Kuala Lumpur. Ada Pasar Seni, KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad semua diolah kembali menikut gaya lukisan Sanrio.
Sebelum melambai selamat tinggal korang jangan lupa beli sedikit ole-ole Sanrio yang ekslusif sempena pameran ini.
Pameran dibuka jam 11 pagi hingga 9 malam. Kalau korang nak beli tiket awal-awal boleh ke TicketCharge