Vans Berkolaborasi Bersama Nickelodeon, Bakal Hadir Dengan koleksi Spongebob Squarepants

GAYA HIDUP
February 21, 2018 - 09:39 AM


Masih hangat diperkatakan minggu lalu apabila kasut Vans edisi Metalica yang dengarnya terjual tak sampai 30 minit di Malaysia, Vans dikhabarkan akan berkolaborasi bersama kartun favorite ramai iaitu SpongeBob SquarePants.

Kredit : Vans

Syarikat sneakers yang berpangkalan di California ini akan menampilkan beberapa karakter dalam kartun tersebut pada koleksi kasut, pakaian dan juga aksesori.

Dua model Sk8-Hi, satu model authentic dan satu model Slip-On akan dilancarkan dimana akan terdapat watak- watak seperti Patrick, Mr.Krab dan semestinya Spongebob yang akan ditampilkan dalam koleksi ini.

Namun, dengar cerita koleksi ini adalah terhad kerana ia dikeluarkan di bawah koleksi Vault dan hanya akan dijual di butk Vans Vault terpilih. Untuk peminat di Malaysia, nampak macam mustahil nak dapatkan sebab dalam senarai butik yang aka nada koleksi ni, tiada yang terdekat semua di US.

Dengar-dengar, koleksi kasut ini akan dijual pada harga USD46 hingga USD260 (RM180 – RM1012) pada 24 Februari ini, jadi…. Kalau ada member-member dekat US tu, boleh la mintak diorang belikan…