
Veiled Group Menghasilkan Pengecas Solar Kayu Yang Pertama Di Dunia
GAYA HIDUPSelepas dua tahun dalam penyelidikan dan pembangunan, Veiled Group Limited telah melancarkan dan memperkenalkan pengecas solar mudah alih daripada kayu yang pertama di dunia.
Diperbuat menggunakan kayu sapele, dan bersaiz sebesar komputer riba yang kecil, pengecas solar mudah alih ini dilengkapi dengan teknologi pengecas pantas dan mampu memanjangkan jangka hayat bateri.
Pengecas Solar Veiled ini mempunyai kapasiti 10,000 mAh dan disebabkan ianya menggunakan kayu, ia tidak akan menjadi terlalu panas dan mampu menyediakan cas yang stabil. Berfungsi seperti sebuah powerbank, anda hanya perlu halakan pengecas Veiled ini terus ke arah matahari untuk mendapatkan bekalan kuasa.

Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan fungsi penghenti automatik sekiranya bateri telah dicas dengan penuh. Selain memperoleh kuasa daripada cahaya matahari, alat ini juga boleh dicas mengunakan punca soket normal.
Sumber : designboom
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video