[VIDEO] Sedekah Baju Kalau Tak Nak Telanjang Di Padang Mahsyar Kelak - Ustaz Azhar Idrus

GAYA HIDUP
December 04, 2023 - 04:01 PM


Umat manusia bakal dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak dalam keadaan berbogel kecuali empat golongan -- di mana salah satunya adalah para Nabi.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata -- salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada tidak berpakaian di akhirat kelak adalah dengan mendermakan pakaian kepada orang yang memerlukan.

Ulasnya, perkara demikian bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian akan dikumpulkan menuju Allah SWT dalam keadaan tidak memakai kasut, bertelanjang dan tidak berkhatan."

Katanya ada empat golongan yang tidak bertelanjang pada hari kiamat iaitu :

  • Para Nabi
  • Orang yang meninggal dalam keadaan syahid
  • Orang yang dalam ihram
  • Orang yang menyedekahkan baju kepada orang lain

“Orang yang mati dalam ihram akan bangun dengan memakai ihram. Orang mati syahid pula akan bangun dengan memakai pakaian tenteranya mengikut zaman masing-masing.

“Tetapi kita telanjang, tok imam telanjang, tok siak pun telanjang, semua telanjang,” ulasnya.

Tambah Ustaz Azhar, segala harta yang kita peroleh di dunia hanyalah bersifat sementara.

Namun, sekiranya ia dibelanjakan dalam jalan Allah SWT, ia bakal menjadi harta kita di akhirat kelak.

“Kita nak tak telanjang? Jika tidak mahu, sedekahlah baju kepada orang yang masih hidup.

“Dapat gaji, guna RM100 untuk beli tiga pasang pakaian, beri pada orang miskin. Maka kita akan berpakaian di hari akhirat.

“Apa yang kita pakai di dunia akan jadi kain buruk, yang dimakan akan jadi tinja tetapi apa yang didermakan akan jadi harta kita di akhirat,” katanya.

@suzeyothman sharing #soaljawabagama #tiktokmotivasi #ustazazharidrus #kongsiilmu ♬ original sound - ImanQ

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: