
Vokalis Green Day Jual Alat Muzik Bersejarah Mereka Sempena Garage Sale
GAYA HIDUPPeminat Green Day! Ini ada berita baik untuk korang.
Peluang untuk korang dapatkan barang rare daripada Green Day sendiri. Bukan dari tangan orang lain. Macam contoh, gitar atau amplifier yang pernah Green Day guna untuk konsert atau rakaman.
Billie Joe dikatakan berkerjasama dengan Reverb.com untuk menjual koleksi gitar, amplifier serta barang-barang lain yang pernah digunakan oleh kumpulan berkenaan semasa tour ataupun studio rakaman.
Acara yang dinamakan ‘Official Reverb Green Day Garage Sale’ itu akan dilancarkan secara rasmi pada Rabu ini dan apa yang lebih menarik, kesemua barangan tersebut dipilih sendiri oleh Billie Joe.

Ketika ditanya sebab membuat jualan ini Billie memberitahu yang koleksi gitarnya dah terlalu banyak kerana dia telah mengumpul alat muzik berkenaan selama 30 tahun.
Antara gitar yang akan dijualnya adalah Gibson Les Paul Junior dan Les Paul Special yang digunakan mereka dalam tour American Idiot.
Pembelian boleh dilakukan di sini.
Sumber : AltPress
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video