Warna Monotone & Harumanis Jadi Inspirasi Sentuhan Magis Fiziwoo Untuk KLFW 22

TERKINI
September 07, 2022 - 06:33 PM


Pada KL Fashion Week 2022 yang lalu, nama besar dunia fesyen tanah air Fiziwoo sekali lagi menampilkan dua koleksi terbarunya. Koleksi pertama yang diberi nama “Ebony And Ivory”, berinspirasikan koleksi terawal Fiziwoo pada tahun 2010/11 dimana warna monoton menjadi pilhan pada masa itu. 

Ebony and Ivory yang berinspirasikan lagu ciptaan dari Paul McCartney dan Stevie Wonder pada tahun 1980 dan juga busana minimal pada era yang sama, WOOFIZIWOO menghasilkan sentuhan magisnya dengan memodenkan motif renda dan juga lipatan.

Dijual pada harga yang berpatutan dan amat sesuai untuk semua rakyat Malaysia yang ingin menggayakannya. Setiap busana untuk koleksi Ebony and Ivory kali ini direka khas untuk anda yang sukakan sesuatu yang minimal, ringkas dan juga relevan sepanjang zaman. Tampil dengan warna hitam dan putih yang saling melengkapi, menaikkan lagi vibe mewah dan elegan!

Koleksi keduanya pula, berinspirasikan buah mangga dari utara ‘Harumanis’! Menyambung tema “The Orchard” yang dulu diperkenalkan pada tahun 2019. Tampil dengan busana yang mewah, pilhan warna yang berani, cetakan yang menarik, disertakan dengan sulaman tangan yang cantik, taburan manik bermotif mangga.

Jelas sentuhan magis dari Fiziwoo ada pada koleksi kali ini. Koleksi Harumanis kali ini tampil dengan rekaan yang berani, ceria dan berpaksikan budaya “Hip Hop”. Gabungan variasi warna biru dan kuning, dipadankan dengan seluar kargo memang sesuai dengan konsep Harumanis.

Pakaian yang dihiasi dengan pelbagai teknik sulaman serta rajutan, telah dijahit dengan sempurna menggunakan frasa seperti "it takes two to mango". Koleksi ini adalah peluang terbaik Fiziwoo meluahkan segala kreativiti yang ada dalam mengembangkan rupa, bau dan rasa mangga dalam bentuk potongan yang mengujakan untuk dipakai semasa percutian tropika!

Destination: