
Warner Bros. Studio Tour Hollywood Tawarkan Lawatan Ke Set Siri The Big Bang Theory
GAYA HIDUPThe Big Bang Theory, rancangan berbentuk sitkom ini baru sahaja menamatkan rancangan mereka pada musim ke 12 pada bulan Mei lalu. Setelah 13 tahun ke udara, peminat-peminat sitkom ini ternyata sedih dengan berakhirnya siri ini setelah sekian lama.
Ini bermaksud, tiada lagi kelibat Sheldon, Leonard dan lain-lain yang kebiasaannya membuatkan penonton tak kering gusi dengan lawak atau mungkin perangai watak-watak dalam sitkom berkenaan.
Jika korang salah seorang daripada peminat siri The Big Bang Theory, pastinya tour yang terbaru oleh Warner Bros. Studio Tour Hollywood ini akan sedikit sebanyak mengubat kerinduan korang. Mana tidaknya, mereka akhirnya menyediakan lawatan ke set penggambaran sitkom berkenaan!
Ini bermaksud, korang akhirnya boleh duduk di tempat duduk ‘khas’ Sheldon di ruang tamu ‘apartment’ mereka. Hehehe.
Kesemua ciri-ciri penting yang kita lihat di skrin adalah sama 100% dengan replika, atau set yang dibuat semula ini. Iya, menurut moviefone, ia bukanlah set sebenar. Ia adalah versi yang telah dikecilkan dan diubahsuai. Namun, perincian set masih dikekalkan.
Selain set penting seperti kawasan lif, apartment Penny dan cafeteria di Caltech, korang juga boleh melihat pakaian sebenar yang dipakai oleh artis-artis berkenaan untuk menjayakan watak masing-masing. Nak bergambar dihadapan lif rosak pun boleh.
Selain set siri The Big Bang Theory, pengunjung yang mengikuti tour ini sebenarnya dapat melawat set-set lain seperti siri Friends, kostum Aquaman dan juga ‘Sorting Hat’ daripada filem Harry Potter dan lain-lain. Ada 8 set kesemuanya.
Harga tiket tour ini bermula pada harga USD69 (RM 285~) dan pembelian dan tempahan boleh dibuat atas talian di laman web Warner Bros. Studio Tour.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video