Workout Dirumah? Cuba 4 Cara Ini Untuk Elakkan Bosan

GAYA HIDUP
March 24, 2020 - 03:30 PM


Selain menghabiskan masa menonton tv, tengok segala video di Youtube, main Facebook dan lain – lain semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, nak juga diingatkan supaya kita kekal menjaga kesihatan dan sentiasa kekal aktif dirumah.

Disebabkan waktu sekarang ini gymnasium dan studio kecergasan pun tidak dibenarkan beroperasi, salah satu pilihan yang anda ada adalah lakukan senaman di rumah. Memasuki minggu kedua ni, pastinya ada yang mulai bosan dengan rutin senaman masing – masing.

Berikut ada beberapa tips yang anda boleh cuba untuk hilangkan bosan ketika workout di rumah :

#1. Cuba Steam Dan Ikut Video Senaman Secara Online

Tidak kiralah anda ada rutin tersendiri mahupun baru nak mencuba, pastinya akan sampai satu tahap dimana anda bosan dan tidak tahu mahu lakukan seman apa atau bahagian mana. Salah satu cara atasi masalah ini adalah merujuk kepada penstriman video senaman atau video atas talian yang disediakan oleh mana – mana studio di media sosial mereka.

Kalau bosan, cuba cari tenaga pengajar yang sesuai dengan tahap kesukaran yang anda mahukan.

 

#2. Tingkatkan Darjah Kesukaran

Salah satu cara bagi mengelakkan bosan adalah dengan adanya kemajuan dalam senaman atau rutin yang biasa kita lakukan.

Tidak kiralah workout jenis apa sekalipun, pastikan darjah kesukarannya dinaikkan setiap kali anda dah rasa ‘senang’ lakukan satu satu workout.

Menurut pakar di New York Sports Science Lab, Ben Gildenberg, anda boleh tambahkan satu pengulangan kepada rutin anda atau pelbagaikan lagi senaman yang dilakukan. Pastikan anda cabar diri sendiri dan kekalkan momentum tersebut.

 

#3. Berikan ‘Reward’ Kepada Diri Sendiri Kerana Bersenam

Fikirkan cara yang sesuai atau yang paling mengembirakan anda sebagai ganjaran kerana lakukan senaman menurut Jennifer Nagel, seorang jurulatih kecergasan. Mulakan dengan matlamat yang mudah contohnya, lakukan senaman atau latihan kekuatan selama 30 minit.

Tuliskan matlamat anda dan masukkan kedalam balang. Sediakan balang kedua untuk masukkan ganjaran yang anda tetapkan sendiri. Tak kiralah membeli buku baru, cheat day dan sebagainya.

Setiap minggu, ambil satu ‘goal’ dari balang pertama dan ambil ganjaran yang anda bakal terima dari balang kedua. Jadi, selesaikan matlamat anda minggu ini, dan berilah reward kepada diri anda selepas berjaya selesaikan matlamat tersebut.

 

#4. Jadikan Workout Biasa Kepada Workout Berantai (Circuit)

Jika anda belum cuba lakukan circuit workout, boleh mulakan dengan yang itu dahulu. Selain cepat, ia juga mencabar dan menarik. Sesi senaman berantai selama 30 minit tak sama hasilnya dengan angkat pemberat sahaja selama 30 minit.

Sebagai contoh mudah, ambil 5 senaman yang anda selalu buat dan buat secara berterusan tanpa ada rehat. Cuba 2, hingga 3 pengulangan, dan rehat selama 2 atau 3 minit. Cuba campurkan senaman bahagian atas badan dan bahagian bawah badan untuk senaman keseluruhan bahagian badan.

Nak contoh latihan?
Boleh cuba ni dulu lah...