
Zanco Tiny T1, Telefon Paling Kecil Yang Berfungsi Di Dunia
GAYA HIDUPDengan pasaran serta trend telefon pintar yang semakin menipis tetapi skrin yang besar tidak menghalang Zanco untuk cuba memasuki ke industri tersebut. Walaupun tidak mempunyai skrin yang besar mahupun kamera yang canggih, Zanco Tiny T1 ini amat berguna jika dijadikan telefon kedua ataupun untuk kegunaan kecemasan.
Dengan hanya 13gram, telefon ini bersaiz 21 x 46.7 mm sahaja. Dikatakan ianya lebih kecil dari ibu jari dan ringan daripada duit syiling.
Walaupun bersaiz kecil dan comel, Tiny T1 ini boleh digunakan untuk fungsi asas sebuah telefon iaitu menghantar sms serta membuat panggilan. Selain boleh memuatkan nano sim, liputan yang diterima hanyalah 2G.
Dengan RAM sebanyak 32, serta port pengecas USB mikro, telefon ini boleh digunakan sehingga 3 hari atau 180 minit masa bercakap.
Sungguhpun ini hanyalah idea daripada Kickstarter, Zanco buat masa ini sedang mencari dana melalui crowdfunding untuk merealisasikan ciptaan mereka ini.
Sumber : Designboom
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video