Aisyah Buat Konsert 'Free' Depan Rumah, Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed

HIBURAN
April 15, 2024 - 04:21 PM


Berada dalam kesesakan jalan raya pastinya membuatkan ramai tertekan disamping rasa bosan lagi-lagi jika ia mengambil masa yang lama. Namun siapa sangka, terdapat seorang individu yang berniat baik menghiburkan mereka yang berada dalam kesesakan jalan raya.

Individu itu tidak lain tidak bukan adalah juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah yang menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Aishah yang tampil bersahaja dengan kurung berbunga melantunkan lagu raya popularnya berjudul Pulanglah sambil disaksikan keluarga dan pemandu yang melalui hadapan rumah saudaranya di Palong 7, Negeri Sembilan. 

Nyanyian Aishah yang bersahaja itu disaksikan oleh puluhan kenderaan yang sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing mahupun buat mereka yang dalam perjalanan untuk berhari raya ke rumah sanak saudara tercinta.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun dengan nyanyian Aishah yang hanya menggunakan mikrofon dan set karaoke majlis kenduri kampung.

@aishahjmm

Pulanglah🥰🥰🥰

♬ original sound - Wan Aishah Wan Ariffin

 

Sumber: TikTok

Destination: