"All Eyes On Rafah, Siapa Tu?" - Netizen Kecewa Ning Baizura Tak Cakna Isu Semasa

HIBURAN
May 14, 2024 - 11:46 PM


Kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis terus dikritik orang ramai sehingga menyebabkan timbul slogan ‘All Eyes On Rafah’ yang digunakan di pelbagai platform media sosial sebagai tanda bersolidariti untuk rakyat Palestin.

Penggunaan slogan tersebut pastinya menyebabkan ramai orang peka terhadap keadaan terkini yang dihadapi rakyat Palestin. Namun, reaksi yang diberikan Ning Baizura ketika melihat slogan tersebut telah menimbulkan kekecewaan dan kemarahan orang ramai.

Dalam satu siaran langsung Instagram, penyanyi tersebut membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’ (semua perhatian buat Rafah).

Namun, reaksi yang diberikan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu telah mengejutkan orang ramai kerana dia tidak memahami perkara tersebut sekali gus memberi bayangan bahawa dia tidak cakna dengan isu semasa khususnya peperangan di Palestin ketika ini. 

Hal tersebut telah menyebabkan netizen melabelnya sebagai ignorant kerana tidak peka dan sensitif dengan peperangan yang sedang melanda Palestin. 

 

Sumber: X

Destination: