'Backup' Isu Ustaz Direhatkan, Nabil Ahmad Buat Permohonan Maaf

HIBURAN
June 21, 2024 - 01:26 PM


Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad tampil memohon maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di akaun media sosial. 

Permohonan maaf tersebut dibuat akibat keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan sebuah program hiburan popular baru-baru ini.  

“Assalamualaikum semua, saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu,” katanya. 

Pelawak dan pelakon yang berusia 40 tahun itu juga berkata akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di masa akan datang.

“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” katanya lagi. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial dimana Nabil menzahirkan pandangan berkenaan isu pendakwah terkenal direhatkan daripada sebuah program.

Pada perbincangan yang turut membabitkan beberapa tetamu jemputan lain dalam rancangan Meletop kendaliannya, dia menyebut ustaz masa kini diuji kerana ramai sudah direhatkan.

“Kita melalui zaman di mana uztaz-ustaz kita diuji. Orang-orang baik sedang diuji. Contohnya sekarang ramai ustaz direhatkan. 

“Ini bila orang yang terlebih bijak dan pandai buat penghasutan padahal benda tu ada kebenarannya, kalau tak benar pun boleh diperbincangkan dengan baik,” katanya.

Kenyataan tersebut dilihat berkait dengan kontroversi yang melanda pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Potongan klip video tersebut juga mengakibatkan Nabil berdepan kecaman disebabkan komen lantang itu. 

Terdahulu, pendakwah bebas, Ustaz Don ‘direhatkan terus’ daripada program Salam Baitullah kendalian RTM selepas dakwaannya yang diragui mengenai kelebihan memandang guru hingga mencetuskan kecaman.

Sebelum isu tersebut, Ustaz Don hangat diperkatakan selepas dia memberi kenyataan berhubung kisah antara Nabi Muhammad SAW dan Ummu Hani’ sehingga mendapat perhatian pihak Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

 

Sumber: Instagram & X

Destination: