Blockout2024: Daiyan Trisha, Nadhir Nasar & Mira Filzah Tampil Beri Penjelasan
HIBURANSejak beberapa hari yang lalu, hangat di media sosial di seluruh dunia mengenai gerakan kempen yang dikenali sebagai ‘Blockout2024’. Kempen tersebut diadakan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin dengan cara memboikot artis atau pempengaruh yang tidak menunjukkan sokongan.
Dilancarkan terhadap artis-artis Hollywood, kini kempen tersebut juga dilakukan terhadap artis-artis Malaysia yang didakwa tidak menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin dan dipercayai bekerjasama dengan jenama pro-Israel.
Di platform media sosial, tular tentang senarai 30 selebriti tempatan yang perlu diboikot. Difahamkan, nama-nama artis tersebut disenaraikan sama ada kerana tidak membuat hantaran berkaitan Palestin atau bekerjasama dengan syarikat yang menyokong Israel.
@anakandajay #fyp #tiktoktrending #blockout #celebrityblocklist #malaysia #letthemeatcake #freepalestin #spread❤️ ♬ bunyi asal - SAHABAT RORO SELATAN
Lantaran itu, beberapa artis yang disenaraikan tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf. Antara artis popular yang berani tampil ke hadapan adalah Mira Filzah, Daiyan Trisha dan Nadhir Nasar.
Merupakan antara artis yang terawal memberi respon, Daiyan Trisha dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial rasminya memohon maaf dan menjelaskan dia tidak pernah melupakan saudara di Palestin.
Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat di negara itu.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tidak bertepatan dengan cara yang anda mahukan," katanya.
Daiyan turut menunjukkan bukti resit sumbangan bernilai RM100,000 kepada empat pertubuhan berbeza sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.
Allah tahu ❤️🙏🏻#FreePalestine 🇵🇸 pic.twitter.com/MG2vqkCKlP
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) May 13, 2024
Selain itu, pelakon yang sedang meningkat naik, Nadhir Nasar juga tampil ke hadapan memberi penjelasan.
Menurut Nadhir penjanjian kontrak bersama beberapa jenama terbabit telah dibuat setahun yang lalu dan usaha untuk menamatkan kontrak akan memberi pelbagai impak.
“Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Netizen mempunyai hak untuk bersuara dan impak terbabit sangat besar, percayalah.
“Usaha menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh kontrak akan memberi impak seperti denda, penalti wang dan potensi dikenakan tindakan undang-undang,” jelasnya.
Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain.
— nadhir 🇵🇸 (@NadhirNasar) May 12, 2024
Citizen of the net, you have the right to speak & your impact is big. Trust me. #PalestineWillBeFree 🇵🇸 pic.twitter.com/WEtVDar59B
Kecewa namanya dimasukkan dalam senarai tersebut, Mira Filzah juga bertindak untuk memberi penjelasan berkenaan dengan tidak membuat hantaran berkaitan Palestin.
Menerusi ciapan di platform X, Mira berkata dia kerap berkongsi mengenai keadaan rakyat Palestin dan doa kepada mereka yang dalam keadaan perang sejak Januari lalu.
“Dari Januari 2024 dah repost, bukan ‘dan-dan.
“Siapa yang datang semata mata nak stalk sahaja rasa “dan dan” repost. Siapa yang dah lama follow or memang follow, mesti tahu apa yg saya selalu repost. Meh saya tunjuk ya.
“Sebelum 12hb Mei, (sebelum this trend block jadi viral) pada 10hb, 9hb, 8hb, 7hb pun saya ada repost,” katanya.
Siapa yang datang semata mata nak stalk sahaja rasa “dan dan” repost. Siapa yang dah lama follow or memang follow, mesti tahu apa yg saya selalu repost. Meh saya tunjuk ya.
— Mira Filzah (@MFMiraFilzah) May 13, 2024
Sebelum 12hb Mei, (sebelum this trend block jadi viral) pada 10hb, 9hb, 8hb, 7hb pun saya ada repost. https://t.co/JN94eaCNJY pic.twitter.com/SUabNm7Rlj
Mira juga memberi peringatan untuk menjaga penulisan masing-masing sebelum melemparkan fitnah dengan sewenang-sewenangnya kepada orang lain.
Saya bercakap ini untuk semua.
— Mira Filzah (@MFMiraFilzah) May 13, 2024
Just do whatever you wanna do, nak block just block, tapi tak payah sampai keluarkan kata kata yang tidak baik. Its #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala. 🙏🏻
Sumber: X & Instagram