Cef Wan Disiasat Gara-Gara Tinggal Komen Jelik Berkait Pakaian Aishwarya Rai
HIBURANMay 28, 2024 - 02:49 PM
Polis menerima laporan berkaitan Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan yang membuat komen di media sosial didakwa bersifat perkauman terhadap bintang tersohor, Aishwarya Rai baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya mengesahkan berkaitan laporan yang dibuat membabitkan selebriti terbabit.
“Laporan berkaitan perkara terbabit diterima pada 24 Mei lalu dan siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam pada itu, Cef Wan menerusi laman sosial Instagram telah membuat permohonan maaf secara terbuka di atas komen dikeluarkannya.
Destination: