"Chumi Chumi Off Market!" - Nabila Razali Terima Lamaran Bekas Pelumba Kereta Litar Formula!

HIBURAN
November 14, 2023 - 12:55 PM


Sambutan ulang tahun yang ke-31 penyanyi terkenal Nabila Razali pasti sukar dilupakan sepanjang hayat. Setelah beberapa kali diaju bila hendak menamatkan zaman bujangnya sudah terjawab apabila dia dilamar lelaki pilihan hati, Nik Iruwan Nik Azani.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nik Iruwan (@nikiruwan)

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi Instagramnya bersama gambar bekas pemandu litar Formula itu melutut di hadapannya berlatarkan lagu New Chapter.

Dalam gambar tersebut mereka saling berpandangan sambil tersenyum dengan tangan masing-masing saling berpegangan dengan kapsyen bertulis: “I said yes.”

Foto berkenaan dikatakan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi 18 November, manakala resepsi diadakan petang hari yang sama.

Sumber memaklumkan Nabila dan Nik Iruwan memilih sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di pusat peranginan tanah tinggi di Pahang sebagai lokasi bersejarah penyatuan cinta mereka. 

Destination: