
"Dah Getback Ke?" - Peminat Teruja Syafiq Kyle & Mimi Lana Makan Malam Berdua
HIBURANNovember 21, 2023 - 12:25 PM
Status hubungan pelakon popular negara Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih menjadi tanda tanya ramai pihak. Sebelum ini, peminat dikejutkan dengan berita pertunangan mereka terputus dan hasrat untuk melihat pasangan popular itu bersanding di atas pelamin tidak menjadi kenyataan.
Biarpun tidak jadi berkahwin, hubungan persahabatan antara mereka sukar untuk diputuskan. Baru-baru ini viral beberapa klip video yang dimuatnaik di platform TikTok yang menjadi bualan orang ramai.
Syafiq dan Mimi yang ditemui keluar makan malam bersama di sebuah kedai makan di Setapak, di sini, sekali gus menepis dakwaan mereka bersikap dingin di antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian video pemilik akaun, AroiMakMak Ahanthai menunjukkan kedua-duanya sedang menikmati hidangan makanan Thailand di kedai itu yang dimaklumkan Mimi selalu berkunjung ke sana.
@aroimakmak_ahanthai Artis yg paling humble dan sporting makan kat gerai. Favs both of them miang pla. #mimilana #syafiqkyle #aroimakmak #thailand #setapak #meecelup ♬ original sound - umai
"Tiap-tiap minggu datang sini tau. Semua makanan sedap, ada sup, somtam, pulut mangga. Ada makanan lain yang tak 'order' juga," kata Mimi.
@veloster_jung Ehemmm ❤️🤫 #mimilana #syafiqkyle #waronterrorklanarki #challofc #aedyashraf #inspektorkhalid ♬ menyimpan rasa speed up - idk
Tidak cukup dengan video di tempat makan, ada lagi satu video yang memaparkan pasangan tersebut keluar bersama rakan-rakan yang lain. Rata-rata yang menonton video itu gembira dengan hubungan baik masih dijalin Syafiq dan Mimi meskipun mereka tidak jadi bernikah beberapa bulan lalu.
Destination: