Dinobatkan Juara All Stars Gegar Vaganza, Ini Dia 10 Fakta Menarik Tentang Jaclyn Victor

HIBURAN
December 11, 2023 - 10:45 AM


Program nyanyian popular yang menghimpunkan juara dan finalis terdahulu, All Stars Gegar Vaganza telah pun melabuhkan tirai. Konsert final yang berlangsung Axiata Arena itu menyaksikan Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sekali gus mengenepikan tujuh peserta lain.

Kejuaraan tersebut melayakkan juara musim kesembilan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, trofi serta hadiah lain.

Mempersembahkan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan dan Mariah Carey dan lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah, kemenangan tersebut menamatkan persoalan orang ramai siapakah antara lapan peserta yang layak memegang trofi juara ASGV.

Dalam pada itu, ketua juri tetap, Datuk Ramli MS turut mendedahkan persembahan Jaclyn ketika tugasan solo sememangnya lebih menyerlah berbanding peserta lain.

“Secara peribadi, peserta lain tidak berikan persembahan terbaik manakala persembahan Jaclyn pula stabil. Ketika rehearsal, mereka buat persembahan bermati-matian untuk lagu solo.

“Cuma bila siaran langsung, persembahan mereka sedikit kurang berbanding Jaclyn. Pemilihan lagu Jaclyn juga sangat bagus. Jadi, dia layak bergelar pemenang,” ujarnya lagi.

Disebalik kemenangan Jaclyn di All Stars Gegar Vaganza, ada banyak perkara menarik tentang perjalanan beliau sepanjang dalam industri hiburan yang peminat perlu tahu.

10 fakta menarik tentang beliau adalah: 

1.  Jaclyn Victor telah diberi gelaran iaitu "Asia's Divette" kerana kehebatan vokalnya.

2. Album sulung Jaclyn Victor yang bertajuk Dream telah mencapai status 'Gold' dalam masa beberapa minggu selepas mula dijual.

3. Jaclyn Victor menerima anugerah antarabangsa pertamanya apabila dia memenangi emas di Pertandingan Penyanyi Baharu Asia di Festival Muzik Shanghai di China pada 28 Oktober 2005, muncul sebagai juara dengan lagu kemenangannya, "Gemilang".

4. Muzik Jaclyn Victor pernah digunakan pada edisi khas soundtrack High School Musical 2 keluaran Disney Studio.

5. Jaclyn Victor pernah cuba memasuki pasaran muzik Amerika Syarikat dengan melakukan promosi albumnya di Los Angeles dalam lawatan selama seminggu. Dia juga membuat persembahan secara langsung dan menghadiri beberapa wawancara TV dan radio di sana.

6. Pada tahun 2018, Jaclyn Victor pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Muzik.

7. Selain daripada bidang nyanyian, Jaclyn Victor juga pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Berjanji Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22.

8. Sepanjang karier beliau, Jaclyn Victor telah memenangi 34 anugerah termasuk anugerah yang terbaru, All Stars Gegar Vaganza.

9. Jaclyn Victor juga telah melancarkan tujuh album sepanjang bergiat sebagai anak seni.

10. Pada awal pembabitannya, Jaclyn Victor bergerak sendiri tanpa syarikat rakaman sebelum menyertai Sonic Music. Kini, Jaclyn Victor merupakan artis rakaman untuk syarikat KRU Music.

 

Kredit: Utusan Malaysia, Media Hiburan & Fact Snippet

Destination: