Dr Say Berang Bibik Bawa Masuk 2 Lelaki Ke Rumah, Buat 'Projek' Ketika Baby Ada Dalam Bilik Sama
HIBURANPempengaruh media sosial yang juga doktor perubatan, Dr. Say Shazril baru-baru ini meluahkan rasa berang dan marah melibatkan dua orang pembantu rumahnya.
Menerusi video di Instagramnya, Dr. Say menceritakan tindakan berani dua orang pembantu rumah membawa dua lelaki tak dikenali masuk ke rumah ketika dia dan isterinya ada.
Bercerita dari awal, Dr. Say menjelaskan dia tiba di rumah pada pukul 9.20 malam dan melihat dua orang lelaki berdiri bertentangan dengan rumahnya. Dia bagaimanapun tidak mengendahkan hal tersebut.
Namun, ketika dia dan anak-anak mahu melambai isterinya yang mahu berangkat ke tempat kerja, dia disapa oleh seorang lelaki yang memberitahu tentang kelibat dua lelaki memasuki rumah itu.
Pada awalnya, dia berasakan perkara itu tidak masuk akal kerana tidak mungkin ada orang yang memasuki rumahnya ketika dia juga berada di dalam rumah.
“Tapi bila saya teringat balik dua lelaki yang awal-awal saya nampak tadi, saya jadi cuak dan saya sergah maid saya dan tanya kalau mereka nampak dua lelaki masuk dalam rumah ni,” kata Dr. Say.
Selepas digertak, pembantu rumah warga Indonesia itu memberitahu bahawa dua orang lelaki berkenaan telah pulang.
Walaupun begitu, Dr.Say bertindak untuk memeriksa rakaman kamera litar CCTV sebagai langkah keselamatan.
Rakaman itu kemudiannya sengaja dihalang dengan botol air pada jam 8:40 malam sebelum ia dialihkan untuk menutup perbuatan tersembunyi mereka itu.
“Kemuncaknya, 9.25 malam masa saya baru balik dan masa saya dan bini ada dekat tingkat atas rumah saya, dibawa masuknya dua lelaki,” katanya.
Lantaran itu, dia mengambil keputusan untuk menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan pihak polis.
Tidak lama selepas itu, tiga orang polis dari Balai Polis Brickfields telah tiba di hadapan rumahnya untuk melakukan serbuan.
Ketika serbuan dilakukan, bayi Dr. Say ada di dalam katil di tengah-tengah antara dua buah katil yang dihuni oleh dua orang pembantu ruma wanita bersama dua lagi lelaki warga asing yang tidak berbaju.
“Tergamak mereka buat projek macam tu semata-mata nak puaskan nafsu sambil anak saya di tengah-tengah tu. Kalau anak saya menangis masa mereka tengah buat projek, mahu anak saya dipukul atau dicederakan,” katanya.
Menurutnya, kejadian yang berlaku memberi pengajaran berguna agar sentiasa berhati-hati ketika mengambil khidmat pembantu rumah.
“Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper. Saya baik sangat, kadang-kadang bagi helper duit poket, seminggu sekali bagi mereka hari cuti,” katanya kesal sambil memberitahu kedua-dua pembantu rumah tersebut sudah diambil semula oleh agensi.
Sumber: Instagram