Jenama Produk Kecantikan ‘Censored’ Muka Ruhainies Untuk Iklan Ramadan

HIBURAN
March 15, 2024 - 03:53 PM


Isu yang melanda pelakon Ruhainies menjadi semakin panas. Ini kerana pelakon itu masih lagi menerima kecaman walaupun telah mengeluarkan kenyataan.

Terbaru, sebuah jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kitsui telah memuat naik satu iklan Kitsui Ramadan Greeting dan Kitsui Raya. Iklan tersebut telah menggabungkan tiga selebriti terkenal iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies.

Namun, jenama produk kecantikan Korea tersebut telah mengambil langkah yang mengejutkan dengan mengumumkan bahawa mereka tidak menyokong perbuatan pelakon sensasi Ruhainies yang merupakan salah seorang talent dalam iklan Ramadan mereka.

"KITSUI TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, KELAKUAN BURUK ATAU KONTROVERSI," tegas mereka.

Bukan itu sahaja, Kitsui juga mengambil keputusan memuat naik iklan produk mereka sambil censored muka Ruhainies serta memohon maaf kepada semua pihak.

"Sempena bulan ramadhan al mubarak ini, KITSUI dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air," jelas mereka.

 

Sumber: Instagram Kitsui

Destination: