"Jika Ada Masalah, Buang Ego Bukan Silaturrahimnya" - Shahrol Shiro

HIBURAN
June 20, 2024 - 02:48 PM


Peminat kumpulan Shiro pasti mengetahui hubungan rengang antara Ajak dan Shahrol selepas mereka dilihat saling berbalas-balas kenyataan di media sosial. 

Terbaru, hantaran yang dimuat naik oleh pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro di laman Instagram telah berjaya tarik perhatian ramai apabila dia berkongsi beberapa foto mesra dengan Ajak.

Dalam perkongsian itu, Shahrol mahu merealisasikan potongan dialog yang pernah digunakan oleh mereka ketika beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) demi kebaikan bersama. 

"Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya," tulisnya. 

Perkongsian tersebut seolah-olah memberi petanda bahawa hubungan persahabatan yang rengang itu kembali pulih. 

Bukan itu sahaja, Shahrol juga turut memuat naik video yang memaparkan hadiah kemenangan yang diraihkan mereka ketika bertanding dalam pertandingan Raja Lawak. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat hubungan antara dua sahabat itu kembali baik seperti sebelum ini. 

Ramai juga yang meluah rindu untuk melihat dua pelawak ini akhirnya bersatu kembali. 

 

Sumber: Instagram

Destination: