Kad Undangan Tersebar, Ruhainies Nafi Bakal Bertunang Dengan Aliff Aziz

HIBURAN
June 25, 2024 - 11:16 AM


Sebelum ini, pelakon wanita, Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas dia ditangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz. 

Terbaharu, pelakon wanita itu kembali menjadi tumpuan ramai apabila tular kad digital berwarna putih di media sosial yang tertera tulisan ‘Majlis Pertunangan Ruhainees & Aliff Aziz’ yang akan diadakan pada 29 Jun di Forest Valley Hall.

Berang dengan perkara itu, Ruhainies melalui instagramnya menafikan bahawa dia akan bertunang dengan Aliff Aziz seperti yang dikhabarkan oleh pengusaha kad kahwin digital baru-baru ini.

Menurutnya, ada pihak tak bertanggungjawab yang bertindak mereka kad undangan digital pertunangannya bersama Aliff Aziz. 

“Sila take down post ini atau tindakan tegas akan diambil. Dan saya juga tidak akan halalkan awak berbisnes dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan,” tulisnya. 

Dalam hantaran di Insta-story, Ruhainies, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap fitnah yang menggunakan namanya demi publisiti perniagaan. 

“Kepada page ini, saya akan memastikan anda mendapat balasan.

“Pengajaran untuk syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab, selama ini mereka cerita demi menaikkan pengikut dan tontonan.

“Saya sudah lama berdiam. Kepada pengguna Instagram yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan dalam media sosial. 

“Fitnah sudah jadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ini sudah tenat,” katanya. 

Selain itu, aktres itu juga menegaskan segala berita mengenai dirinya yang dikeluarkan blogger mahupun media tanpa sesi temubual adalah palsu.

“Terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka certita fitnah macam-macam tenang saya. Terlalu banyak juga media dan blogger yang tidak bertanggungjawab membuat artikel tanpa menemubual saya dan pembaca mengangggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.

“Ingin saya tegaskan disini, segala apa artikel yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu,” ujarnya lagi. 

 

Sumber: Instagram

Destination: