Lagu SAH Kena 'Claim' Dengan Negara Jiran, Sarah Suhairi Tidak Kecil Hati Malah Anggap Ia Sebagai Marketing

HIBURAN
March 06, 2024 - 01:00 PM


Sekarang ini, kalau buka sahaja video di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram, pasti kita akan mendengar lagu Sah nyanyian Sarah Suhairi bersama Alfie Zumi yang dimainkan sebagai 'backgroud' muzik.

Dalam satu temu ramah dengan sebuah media, Sarah Suhairi berkata dia tidak menyangka lagu tersebut menjadi trending bukan sahaja di Malaysia malah juga di negara jiran, Indonesia.

"Sebenarnya genre lagu begini saya sudah lama simpan dan atas permintaan ramai mahu lihat saya dengan sesuatu yang baharu berbanding pernah dibuat sebelum ini.

"Kalau dilihat ramai penyanyi wanita yang mempunyai lagu-lagu balada yang kuat, jadi saya mencari sesuatu yang betul-betul kena dengan suara saya dan sedikit ‘catchy’ untuk orang terima.

"Alhamdulillah, bersyukur apabila lagu Sah bukan sahaja popular di Malaysia tetapi di Indonesia juga. Mungkin kerana TikTok, ramai yang gunakan lagu itu untuk video mereka (pengguna TikTok)," katanya.

Disebabkan lagu tersebut popular di Indonesia, terdapat satu versi dimana lagu tersebut telah diremixkan sehingga ada segelintir peminat yang mendakwa lagu tersebut berasal dari sana dan bukan dari Malaysia.

Namun, pemenang program Big Stage musim pertama itu berkata dia tidak terasa hati, malah anggap ia sebagai satu bentuk pemasaran.

"Saya faham, pendengar juga teruja bila dengar, lagi-lagi bila diremixan sebegitu, pasti orang akan fikir dari negara jiran.

"Bagi saya, tidak mengapa, ia salah satu marketing juga. Tak adalah kecil hati, saya dah tahu perkara ini akan jadi.

"Saya sangat gembira bila orang sana juga sukakannya," ujarnya.

 

Kredit: Oh Bulan

Destination: