"Hanya 52%, Malu Woi!" - Indonesia Catat Peratus Pulangan Gelang Coldplay Terendah
HIBURANBand terkenal dunia, Coldplay merupakan kumpulan yang memperkenalkan Xyloband, sebuah gelang bercahaya yang bertukar warna mengikut lagu. Gelang tersebut mula digunakan pada konsert Mylo Xyloto Tour pada 2012. Sejak itu, ia digunakan secara meluas dalam penganjuran konsert dan persembahan band tersebut.
Penggunaan gelang tersebut merupakan salah satu tarikan untuk peminat menghadiri konsert band tersebut selain daripada faktor meminati lagu. Pertukaran warna mengikut lagu menambahkan rasa teruja peminat ketika band tersebut membuat persembahan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa gelang tersebut tidak boleh dibawa balik? Yuppp, anda perlu pulangkan gelang tersebut sebaik sahaja selesai konsert Coldplay. Ini bermakna, walaupun anda membeli tiket konsert, gelang tersebut tidak termasuk dengan harga tiket.
Baru-baru ini, Coldplay telah menjayakan konsert di Jakarta, Indonesia. Akan tetapi muncul satu isu dikalangan peminat Coldplay di negara berkenaan apabila seorang pengguna X memberitahu bahawa peratus pembalikan gelang tersebut merupakan antara yang terendah.
💚 Persentase pengembalian gelang Coldplay di Jakarta adalah 52%. Waduuuh..... pic.twitter.com/we2MqnNfDm
— Tanyarlfes (@tanyarlfes) November 21, 2023
Hal tersebut menimbulkan perdebatan dikalangan peminat sana kerana ramai yang merasakan bahawa gelang tersebut tidak perlu dipulangkan.
"Sudah beli tiket mahal masa gelangnya dibalikkin juga?
"Tiket mahal2 kenapa tak bawa pulang saja buat souvenir?
"Kata temen gue, 'nggak mau rugi. Sudah bayar konser jutaan masa nggak dapat apa-apa. Lu juga kan lightstick nggak dibalikin'. Woy beli lightstick hampir sejutaan dan itu belum termasuk tiket konser," kata warganet yang lain.
Tidak kurang, ramai juga yang mengecam tindakan sedemikian kerana pemulangan gelang tersebut sudah dimaklumkan oleh pihak Coldplay.
"Malu bangattt
"Ya ampun, malu woiii," komen mereka.
Kredit: Suara.com