Catat 75,000 Penonton, Coldplay Pecah Rekod 19 Tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza

HIBURAN
November 24, 2023 - 10:57 AM


Sebelum ini, rekod kehadiran penonton ke Stadium Bukit Jalil dipegang oleh penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza yang melakukan konsert di stadium berkenaan pada tahun 2004.

Kini selepas hampir 20 tahun, kumpulan rock dari British, Coldplay akhirnya berjaya memecahkan rekod tersebut dengan mencatatkan 75,000 kehadiran di Stadium Bukit Jalil.

Melalui ciapan yang dibuat oleh laman sosial X, Pop Crave, difahamkan bahawa rekod 2004 yang dipegang Siti dengan kehadiran 70,000 lebih penonton akhirnya dipecahkan oleh Coldplay pada 22 November lalu.

Selain daripada Coldplay, konsert AR Rahman, Blackpink, Muse dan Jay Chou juga diadakan pada tahun ini namun gagal mengatasi kehadiran yang dicatatkan pada konsert Siti. 

Data terbaru menunjukkan konsert AR Rahman berada di tempat ke-3 dengan kehadiran 67,000 orang, manakala Blackpink berada di tangga ke-4 dan artis Jacky Cheung melengkapkan senarai lima teratas.

Untuk rekod, konsert Coldplay di Stadium Bukit Jalil adalah yang pertama kali pernah diadakan di Malaysia selepas 27 tahun penubuhan kumpulan itu.

 

Sumber: The Vocket

Destination: